Sunday 11 November 2012

andai itu takdirku

salamun alaik..

cepat pulak rasa2 nya post kali nie di publishkan, hoho (biasenye tunggu blog bersawang dulu,, hehe)



....................................................

"aduh beratnya nak buka mata nie, apa masalah aku? padahal semalam tido, punyalah awal.." ngomel azrin sendirian sambil mencuba-cuba untuk membuka matanya, bukan mudah bagi seorang manusia untuk bangkit menemui Rabbnya dikala dinihari..

ke kiri ke kanan langkahan kakinya menuju ke bilik air, lampu dibuka, paip diputar. "ohooohoi, sejuk pulak air nie, tape-tape, lepas nie segarlah mata aku nie" 

tanpa melengahkan masa, kerana jarum panjang jam sudah menunjukkan angka 9, azan sudah pun berkumandang. azrin memulakan langkahan kakinya keluar dari rumah dengan lafaz bismillah dan didahului dengan kaki kanan.

sesampainya dimasjid pakcik yang menggantikan imam yang sedang uzur sekarang ini menolaknya kehadapan, dengan perasaan rela tanpa dipaksa dia melangkah ke hadapan "betulkan sof, rapat-rapatkan sof.. Allahu Akbar" 

seusai menunaikan solat subuh berjemaah, azrin termenung seketika di ruangan legar rumahnya. Allah menjadikan setiap sesuatu itu penuh dengan hikmahnya tetapi kita jarang melihat hikmah itu, apa yang kita nampak hanyalah apa yang terzahir dimata kita, seandainya kita mampu mentafsirkan setiap yang berlaku disekeliling kita nescaya kita akan selalu sujud bersyukur dengan ketetapan dan ketentuan dariNya, 

"hah! kalau nk tidor, pergi masuk bilik, suka je dia nie tidor atas kerusi tu.." umi menyergah Azrin tatkala matanya hampir-hampir tertutup. "eh, tanyalah ustaz dah mula lah, nak tengok lah hari nie, da lama tak tengok, asyik tidor ke kerja nya, haih.." azrin menjawap sergahan ibunya dengan mengalihkan topik kepada rancangan tv9 yang biasanya disiarkan pada pukul 7 pagi.


****************

terkadang kita lebih suka menegur orang lain berbanding diri sendiri, bila tiba masa kita bagi teguran, pum pam pum pam kita tembak, ada yang kena, ada yang tak, namun sedar atau tidak, teguran yang terlalu lantang boleh menyakitkan hati si penerima teguran, tidak salah untuk memberi teguran, setiap insan layak menegur dan ditegur..

dan adakala nya setiap teguran di tujukan kepada orang lain, tanpa menghiraukan diri si penegur, kadang-kadang yang menegur lebih cenderung untuk melakukan apa yang telah dia tegurkan, kerana merasa diri lebih istimewa, sungguh ini adalah penyakit yang bahaya dan sukar untuk diubati.


"say no to couple" sedangkan diri sendiri tidak menghiraukan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

"solat berjemaah lebih afdhal dari bersendirian" namun bila diajak untuk menunaikan solat lebih liat dari orang yang tidak pernah solat.

"bersyukurlah dengan kurniaan Ilahi" tetapi apabila ditimpa musibah, seringkali takdir di persalahkan, kenapa tidak melihat kedalam diri terlebih dahulu, tanyalah diri, pernahkah kita bersyukur? adakah kita redha dengan apa yg terjadi?

itulah silapnya pembawa panji Islam masa kini, penuntut ilmu zaman sekarang, terlalu ego dengan kurniaan yang sedikit, ingatlah Ilmu Allah itu lebih luas dari segala-galanya..


*****************

dup dap dup dap, terasa kencang jantungnya berdegup bilamana mendengarkan kata-kata daripada seorang ustaz jemputan dalam rancangan tanyalah ustaz di tv9. hampir setiap lontaran kata yang dikeluarkan tepat mengenai batang hidungnya. bukan mudah untuk manusia mendengar nasihat dan teguran dari yang lain dek kerana ego yang terlalu tinggi. hidayah tidak mengira waktu dan sesiapa, andai tiba saatnya.


"aiseyh, ngantok lak rasa, mata aku nie da terlalu manja, asyik tidor je lepas subuh, em layan je lah kejap.." azrin merapati katil kesayangannya lalu merabahkan tubuhnya dengan perasaan malas bercampur mengantuk.


tanpa menyedari waktu tidak selalu menyebelahi dirinya...


........................................................


to be continue..

kpd yg sudi membaca - terima kasih
kpd yg sudi komen membina - jazakumullahu kheir
kpd yg sudi like - arigatogozaimas
kpd yg sudi share - thanks

^_^




Thursday 8 November 2012

tinta sang pencinta

salamun alaik, sekali lagi mataku yg letih menjengah masuk ke blog usangku ini.. hehe sudah lama tidak meng'update' blog ini..

rasa cam nak kongsi kan cerita2 yang berlaku atau yang aku alami disekeliling aku.. sangat menarik jika dilahat dengan mata, dipandang dengan hati, di tafsir dengan sanubari..

wah2, buka maen lagi buat ayat.. hahaa

ok2 post kali ini agak ketara kegilaan nya, namun dalam kegilaan ini moga2 terselit hikmah, insyaAllah..

baiklah, bercakap mengenai apa yang berlaku hari nie.. bertarikh 7/11/2012

macam2 lar yang berlaku... jeng3

bangun pagi2 da selesema, alhamdulillah Dia sedang mencuit rindu, syukur di beri kesempatan merasai nikmat hidup, moga2 sakit menjadi kafarah penghapus dosa..

lps subuh ta tido lak, hebak2.. (selalunye tdo gak lr..)  tgk tv, tanyalah ustaz pahtu tanyalah ustazah, adik dan alquran, pesan atok.. pendek kata, semuanya menyajikan dengan benda2 yg molek2 lah bak kata org kelate.. hehe

nak cakapnya bukan benda tu yang teruk, tapi depend kepada kita yang pilihnya.. (paham lr..)

ok, jalani hidup macam biasa, pegi kedai, kedai tutup.,,. naseb2

ok, lunch, masak nasi goreng ngn adik, hehe aku yang ajar dye, walaupon dye pompuan, stahu aku pompuan nie nature cooker (kalau tak silap lar.. kalau silap, sorry..)

umi mengajar anak2 dia semua perkara, walaupn laki, tak salah pon masok dapor belajar masak, basuh baju, sidai kaen,, its a nice thing u know, ape yang dia nampak nanti kita akan paham bila da masuk peringkat umo dia.. hehe

ok, last but not least,

kadang2 kita selalu memikirkan, kenapa aku ditimpa masalah camni?? kenapa orang lain boleh bahagia tapi aku tidak? kenapa, hidup aku mesti perit dan sesukar ini? dan berbagai2 lagi kenapa... sedangkan kita lupa...

masalah orang lain lebih besar dari kita, kebahagiaan seseorang adalah bilamana dia redha dengan apa yang ada padanya, keperitan hiduo adalah lumrah kehidupan dunia. kerana apa??

kerana Syurga itu Manis.. SOOO   SWEEEETTT..

tp kn, SEGALANYA MUNGKIN kn??