Friday 26 August 2011

rehlah ilmiah



video yg ak ambk msa kem kt sungai rumput..
tempat yang menarik untuk di lawati tetapi jalan yang berliku untuk didaki..
letih sangat hari tu.
tp fuhh! puas hati..




selangkah kealam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan.
 Biarlah menangis, terluka, kecewa kerana ditinggalkan kerana Allah 
daripada mati terkambus tanpa mujahadah.
 Kita tak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah! 
setiap titisan darah dari luka dan airmata, itulah mahar kita ke Syurga.
Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? 
kerana syurga itu manis.
 Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan dijalanNya.

                                                                                                                                                       

Thursday 25 August 2011




nie satu lagi celoteh kawan2 ak sblm berbuka.. kt surau uia.
macam hal... huhu, tapi ukhuwah tetap ukhuwah...

selamat hari rayav

video dari group kelas kami, sje2 nk test lagu.. sambil2 menunggu ustaz datang, haha enjoy...

Tuesday 23 August 2011


AMANI

TANGISAN SANUBARI TELAH TERHENTI
KALA SURAM SURIA MEMANCAR SINARNYA
PERTEMUAN SEINDAH BAYANGAN FIRDAUSI
MENJADI ZIKIR KASIH YANG SUCI

LUKISAN DUA JIWA MENJADI SATU
TERKENANG DETIK BERTEMUNYA KAU DAN AKU
SANTUN BERHIKMAH MENGINGATKAN DIRI
HIDUP DAN MATI HANYA UNTUK ILAHI

MENGGENGGAM JANJI CINTA INI
BERTEMU KASIH TANPA JASAD
BICARA TANPA SUARA
HANYA TULISAN BAHASA INDAH
MENGERATKAN ANTARA KITA
HINGGALAH KE AKHIRNYA

KAU KU SANJUNG KERNA PENGORBANAN
BAGAI PUTERI DI KAYANGAN
TIKA KU LESU HADAPI HIDUP
KAU HEMBUSKAN NAFAS SEMANGAT
PENAWAR HATI


Diciptakan dari rusuk lelaki seorang perempuan, untuk menjadi teman.
penyeri hidup,penawar duka, penyejuk mata, penenang hati.
pertemuan antara dua insan membuahkan sebuah ikatan, namun ianya harus disemai dengan kasih dan cinta kepada Tuhan sekelian alam.
perhubungan yang berlandaskan syariat, 
"dunia ini adalah perhiasan, dan seindah perhiasan adalah wanita solehah"
Ya Allah jadikan untukku dari isteri-isteri dan keturunan-keturunan kami sebagai penyejuk mata kami.
namun aku tertanya-tanya, masih wujudkah insan seperti ini??
aku memandang tinggi kepada mereka-mereka yang mana menjadi pendamping dan penyokong setia kepada lelaki sebagai pasangan mereka.
itulah yang terbaik untuk mereka, mencari keredhaan Ilahi melalui kebahagiaan suami.


Sunday 21 August 2011

PERBETULKAN TUDUNG ANDA


قال الله تعالى: وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
…Dan Hendaklah Mereka Menutupkan (Melabuhkan) Tudung Mereka Ke Dada Mereka…
(Surah An-Nur : 31)
Berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah:
يعني: المقانع يعمل لها صَنفات ضاربات على صدور النساء، لتواري ما تحتها من صدرها وترائبها؛ ليخالفن شعارَ نساء أهل الجاهلية، فإنهن لم يكن يفعلن ذلك، بل كانت المرأة تمر بين الرجال مسفحة بصدرها، لا يواريه شيء، وربما أظهرت عنقها وذوائب شعرها وأقرطة آذانها…والخُمُر: جمع خِمار، وهو ما يُخَمر به، أي: يغطى به الرأس، وهي التي تسميها الناس المقانع.
Khimar, nama lainnya adalah Al-Maqani’, iaitu kain yang memiliki ujung-ujung yang dilabuhkan ke dada wanita, untuk menutupi dada dan payudaranya, hal ini dilakukan untuk menyelisihi syi’ar wanita jahiliyyah kerana mereka tidak melakukan yang demikian, bahkan wanita jahiliyyah dahulu melintasi para lelaki dalam keadaan terbuka dadanya, tidak ditutupi oleh sesuatu, terkadang memperlihatkan lehernya dan ikatan-ikatan rambutnya, dan anting-anting yang ada di telinganya…dan khumur adalah jama’ dari khimar, maksudnya ialah apa-apa yang digunakan untuk menutupi, maksudnya di sini adalah yang digunakan untuk menutupi kepala, yang manusia menyebutnya Al-Maqani’.
(Tafsir Ibnu Kathir 10/218, cet. Muassah Qurthubah)


ISLAM IS THE WAY OF LIFE

CREDIT TO MY BROTHER

sujudku padamu...




Sungguh indah segala kurniaan Tuhan. semua itu sentiasa kita kecapi, namun adakah kita ingat kepada Pemberinya??
sujud, dalam erti kata lain syukur seorang hamba kepada Rabbnya..
"Ya Allah, terimalah pengabdianku"

Friday 19 August 2011

TAZKIRAH RAMADHAN: IBADAH, KENAPA HARUS BERMUSIM?


Saat ini kita menyaksikan ramai umat Islam begitu rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amal ibadah. Kita melihat di antara mereka ada yang gemar mentadabbur (membaca dan menghayati makna) Al-Quran, menghidupkan malam Ramadhan dengan solat malam (tarawih & tahajjud), melazimi masjid-masjid dan surau-surau, juga sebahagian lainnya suka bersedekah, saling bertukar juadah berbuka puasa sesama jiran tetangga dan sebagainya. Tetapi sayangnya amalan-amalan kebaikan seperti ini kadang terhenti setelah Ramadhan berlalu pergi.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Ibadah tidak hanya dilakukan pada satu bulan, bahkan para ulama mengeji dan membenci orang yang hanya rajin beribadah pada bulan Ramadhan sahaja. Sedangkan pada bulan-bulan lainnya amalan tersebut ditinggalkan. Sebahagian ulama mengatakan: “Seburuk-buruk manusia ialah yang hanya rajin beribadah pada bulan Ramadhan, sesungguhnya manusia yang baik ialah mereka yang rajin beribadah dan berterusan ibadahnya.”
Asy Syibli rahimahullah pernah ditanya: “Bulan manakah yang lebih utama? Rajab atau Sya’ban?” Beliau menjawab: “Jadilah Rabbaniyyin dan janganlah menjadi Sya’baniyyin.” Maksudnya: “Jadilah hamba yang rajin beribadah di setiap bulan, sepanjang tahun dan janganlah hanya beribadah pada bulan Sya’ban sahaja.” Seterusnya Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata: “Jadilah Rabbaniyyin dan janganlah menjadi Ramadhaniyyin.” Maksudnya: “Jadilah hamba yang beribadah secara berterusan sepanjang tahun dan janganlah hanya beribadah pada bulan Ramadhan sahaja.” [Lihat: Lato-if Al-Ma’arif, Ibnu Rajab Al-Hambali, m/s 396-400]
Begitulah amalan Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam; amalan yang menjadi kebiasaan dan berterusan, bukan amalan yang bermusim pada waktu atau bulan tertentu, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Alqamah radhiallahu ‘anhu bertanya ’Aisyah radhiallahu ‘anha mengenai amalan Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam: “Apakah baginda mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beribadah?” ‘Aisyah menjawab: “Baginda tidak mengkhususkan waktu tertentu untuk beribadah. Amalan baginda ialah amalan yang berterusan.” [Hadis riwayat Al-Bukhari no. 1987 dan Muslim no. 783]
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Tanda diterimanya sesuatu amalan itu adalah apabila amalan tersebut membuahkan amalan ketaatan yang lain selepasnya. Di antaranya adalah apabila amalan tersebut dilakukan secara berterusan. Sebaliknya tanda tertolaknya sesuatu amalan adalah apabila amalan tersebut bahkan membuahkan keburukan selepasnya, Na’uzubillah. Sebahagian ulama salaf mengatakan: “Di antara balasan kebaikan adalah kebaikan yang datang selepasnya, dan di antara balasan keburukan adalah keburukan yang datang selepasnya.” [Lihat: Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Ibnu Kathir, 8/417, Tafsir Surah Al-Lail]
Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah menjelaskan hal di atas dengan membawakan perkataan ulama salaf lainnya yang berbunyi: “Balasan dari amalan kebaikan adalah kebaikan yang datang selepasnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu diikuti selepasnya dengan kebaikan, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu juga barangsiapa yang melaksanakan kebaikan, namun diikuti selepasnya dengan keburukan, maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.” [Lihat: Lato-if Al-Ma’arif, Ibnu Rajab Al-Hambali, m/s 394]
Di antara kebaikan sesuatu amalan ialah amalan yang dilakukan secara berterusan. Amalan yang berterusan walaupun sedikit itu lebih baik dari amalan yang tidak berterusan meskipun jumlahnya banyak. Amalan yang berterusan inilah yang lebih dicintai oleh Allah ‘azzawajalla, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam ditanya mengenai amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah.” Baginda menjawab: “Amalan yang berterusan, walaupun sedikit.” [Hadis riwayat Muslim no. 782]
Hasan Al-Basri rahimahullah berkata: “Wahai kaum muslimin, lakukanlah ibadah secara berterusan. Ingatlah! Allah tidak menjadikan tempoh masa untuk seseorang berhenti beribadah sehingga tiba saat kematiannya.” Seterusnya beliau berkata lagi: “Jika syaitan melihatmu melakukan amalan kebaikan secara berterusan, mereka akan menjauhimu. Namun jika mereka melihatmu melakukan sesuatu amalan kebaikan kemudian engkau meninggalkannya setelah itu, malah melakukannya sesekali sahaja, maka mereka akan semakin tertarik untuk menggodamu.” [Lihat: Al-Mahjah fii Sayr Ad-Duljah, Ibnu Rajab Al-Hambali, m/s 71]
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Melakukan amalan yang sedikit namun berterusan akan membuat amalan tersebut berkekalan. Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: “Ketahuilah bahawa amalan yang sedikit namun dilakukan secara berterusan itu lebih baik dari amalan yang banyak namun hanya kadang-kadang dilakukan. Ingatlah bahawa amalan yang sedikit yang dilakukan secara berterusan akan mengekalkan amalan kebaikan, zikir, mendekatkan diri kepada Allah, niat dan keikhlasan dalam melakukan amalan, juga akan membuat amalan tersebut diterima oleh Allah ‘azzawajalla. Amalan yang sedikit yang dilakukan secara berterusan akan memberikan ganjaran yang besar dan berlipat ganda berbanding amalan yang banyak namun hanya kadang-kadang dilakukan.” [Lihat: Syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi, 3/133]
Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata: “Sesungguhnya Allah lebih mencintai amalan yang dilakukan secara berterusan. Allah akan memberi ganjaran pada amalan yang dilakukan secara berterusan berbeza halnya dengan orang yang melakukan amalan hanya sesekali sahaja.” [Lihat: Fathul Bari, Ibnu Rajab Al-Hambali, 1/84]
Firman Allah ‘azzawajalla: “Dan sembahlah (beribadahlah) kepada Tuhanmu sehingga datang kepadamu al-yaqin (iaitu ajal).” [Surah Al-Hijr: 99] “Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan majoriti ulama radhiallahu ‘anhum mengatakan bahawa ‘al-yaqin’ adalah kematian. Ini adalah kerana kematian itu sesuatu yang diyakini pasti terjadi. Sementara ahli tafsir yang lain mengatakan makna ayat tersebut adalah perintah untuk beribadah kepada Allah berterusan selamanya.” [Lihat: Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi, 4/79, Mawqi’ At-Tafaasir, Asy-Syamilah]
Semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai amalan-amalan yang dicintai oleh Allah ‘azzawajalla dan berusaha untuk melakukan setiap amalan secara berterusan, bukan bermusim dan bersungguh-sungguh hanya pada bulan Ramadhan. Hanya kepada Allah kita memohon taufik dan hidayah. Segala puji bagi Allah yang dengan segala nikmatNya setiap kebaikan menjadi sempurna. Wallahu A’lam.


credit to my brother..


Muhasabah Cinta
Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan...Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi…
Muhasabah cintaku...

Tuhan...Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi…
Muhasabah cintaku...
(edCoustic)


aku terkedu tatkala mendengar lagu yang cukup menyentuh hati seorang manusia apatah lagi sebagai seorang hamba, "Ya Allah betapa lemah nya aku tanpa pertolongan darimu" rintihanku, semoga mendapat tempat di pengkabulanMU.
tak ramai yang mampu bersyukur dengan apa yang ada, bahkan seringkali kufur dengan nikmat yang dikurnai.
"Ya Allah, jauhkan aku dari golongan itu" monologku, berharap apa yang hatiku ucapkan sama dengan amalan, perbuatan seharian.
CINTA.. adakah cinta kita mampu kita berikan kepadaNya? "Ya Allah, pupuklah diriku dalam mengenal cintaMu yang satu" keinginanku, masih wujudkah cinta kepadaNya disaat manusia sibuk mengejar dunia, meskipun ianya hanya sementara.

Wednesday 17 August 2011

anda nilai sendiri


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد: فإنَّ إحياء السنن النبوية من أعظم القربات إلى الله
Sesungguhnya menghidupkan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah termasuk amalan yang sangat bernilai untuk mendekatkan diri kepada Allah.

‘Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Tidaklah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam duduk di suatu tempat, membaca Al-Quran atau melaksanakan solat kecuali baginda mengakhirinya dengan membaca beberapa kalimah. Aku bertanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam”: “Ya Rasulullah, bukankah apabila engkau duduk di suatu tempat, membaca Al-Quran atau mengerjakan solat engkau akan mengakhirinya dengan beberapa kalimah?” Baginda menjawab: “Benar, barangsiapa melakukan kebaikan maka dengan kalimah tersebut amalan tadi akan bersambung dengan kebaikan. Barangsiapa melakukan keburukan maka kalimah tersebut akan menjadi kaffarahnya (penghapus dosa).” Itulah ucapan:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ 

[Hadis Riwayat An-Nasa-ei dalam ‘Amalul Yaum Wal Lailah m/s 308, At-Tabrani dalam Ad- Du’aa no. 1912, disahihkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam An-Nukat 2/733, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah 7/495, dan disahihkan oleh Syaikh Muqbil Al-Wadi’ie dalam Al-Jami’ As-Sahih mimma laisa fi As-Sahihain 2/12, lihat juga Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/153]

Dengan kita menghormati dan tidak menafikan bacaan “صدق الله العظيم” yang dinilai baik pada pandangan masyarakat, ingin kita nyatakan dan tegaskan bahawa apa yang datang dan sahih dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itulah yang terbaik untuk diamalkan dan diutamakan. Antara yang dirasakan baik dan yang terbaik, yang manakah yang akan menjadi pilihan? Antara yang sunnah dan yang ditokok tambah, pilihan di tangan kita, menghidupkan sunnah, kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Wallahu A’lam.


credit to my brother..

Sunday 14 August 2011

segalanyamungkin

ini adalah permulaan kata bagi blogku yg dicipta pada tarikh yang sekian dan sekian... hahaha
aku x pandai nk buat kata2, so just sekadar nk berkongsi cerita sikit2, sry kalau ayat2 yg aku taip nie sukar untk di pahami sbb dlm shortform n aku pulak budak kelantan, so x berapa nk pndai ckp luar nie,, ngee~