Thursday, 11 December 2014

BAKTI SISWA TERENGGANU (KAMPUNG SEBERANG TAKIR)


A day before the day…
Berdebar-debar rasa dihati, menunggu hari yang telah lama ku nanti, bukan bertemu sang kekasih hati, bahkan perjalanan ku untuk berbakti, mencari-cari harapan insan yang menagih simpati, ingin aku terangi hati-hati yang masih sirna dan tidak mengerti, ingin aku ceriakan hari-hari mereka yang suram dan sepi, ingin aku sentuh perasaan seorang ibu, ayah,abang,kakak,adik-adik agar daripada mereka aku dapat pelajari..
Bahawa, harga sekuntum cinta tidak terletak pada sejumlah budi yang ditabur, juga bukan pada kasih yang disalur, apetah lagi pada sayang yang makin menyubur, akan tetapi pada nilai sebuah keikhlasan, segenggam ketulusan, selaut harapan, segunung impian..
Keikhlasan dalam perhubungan, jika benar-benar ikhlas, ikatan yang dibina tidak mengharapkan perpisahan dan pengakhiran, segenggam ketulusan dalam menghargai kehadiran mereka dan menerima seadanya kerna kita semua manusia, ada yang lebih ada yang kurang, tidak ada yang berlebihan dan tidak ada yang serba kekurangan, selaut harapan mereka hamparkan agar kehadiran kita memberi makna dan mewarnai corak kehidupan mereka dengan pertambahan ahli keluarga, segunung impian mereka pajakkan agar silaturrahim tidak terhenti pada janji… (sedih T.T)
Namun keikhlasan, ketulusan, harapan dan impian tidakdatang bersendirian, bersama-sama mereka ada budi yang disemai, ada kasih dan sayang yang bakal dituai. Ayuh bersama-sama melangkah dan merasai pengalaman yang ku kutip bersama-sama sahabat-sahabat UIAM di kampung Seberang Takir ini..

To be continued

P/s dah lama xupdate, xd idea dan masa.. Gomeynasai 
~.~


Sunday, 20 April 2014

R.E.D (Road Expedition for Da'wah)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH..

alhamdulillah, setelah sekian lama jari jemari ini kaku tanpa coretan, lidah ini kelu tanpa celotehan, hati ini syahdu menahan perasaan, jiwa ini kontang tanpa pengisisan, bersama jasad yang gersang tanpa 'katibah' harian mahupun mingguan (ok, jiwaku dah dah mula qacaw)

ok, here goes nothing (maybe something) kisah ini bermula pada tanggal 21 februari 2014, program yang berlangsung selama 2 hari 2 malam ini bermottokan 'spread the da'wah drive the ummah'. kenapa motto nie dipilih? (jangan tanya aku, tanya pengarah program... hahaha). ok actualy berdasarkan motto nie kami sasarkan da'wah kami kepada mereka yang baru sahaja mengenali islam dan ingin lebih memahaminya. dan tempat yang bertuah yang kami pilih ialah kampung orang asli pos lemoi, cameron highland(eh kemeron hailen pon ade orang asli?? jeng3).

maka pengembaraan kami pon bermula...

muka2 ceria  para peserta berserta pilot2 sebelum bertolak menuju ke destinasi
6 buah 4wd yg menjadi tunggangan utama sepanjang perjalanan ke sana..



persiadaan rapi( lah sangaat.. hehe) sebelum bertolak

berehat sebentar sambil bagi makan kat tunggangan kami~
perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7jam termasuk berhenti untuk makan bagi manusia dan minum bagi bukan manusia(kereta lar..isi minyak) dan alhamdulillah perjalanan kami tidak mengalami banyak halangan dan rintangan, sekadar berhenti seketika dikala para pilot memerlukan sebuah lena, mereka juga manusia, bukannya benda, ada sahaja kekurangan, kita semua ada kekurangan masing2.

antara pengalaman paling menarik adalah ketika tunggangan kami mendaki menaiki bukit dan batu (batu?? yup batu besar) dan tanah2 yang berlumpur sikit.

antara rintangan yang terpaksa ditempuhi sepanjang perjalanan nie.. hehe

ketibaan kami yang disambut baik oleh penduduk setempat (padahal kanak2 jer.. keh3)

yosh! ganbatte mior.. wakil perkim sedang beradu tenaga dgn masyarakat orang asli disini..

jom masak3... 
ketibaan yang diberikan sambutan yang suam2 (warm welcoming) drpd penduduk kampung, uisy terharu disitu, aktiviti telah disusun, sekarang tiba masa untuk action!!

point penting yang menarik mengenai kampung nie, kampung yang 1st time semua orang join kami dalam beraktiviti, apak2 amek2 abe2, adik2 dll... hehe diorg mmg sempoi ahh.. tgk time gusti lengan tuu.. hee
lagi.. aa kami masak sendiri, hehe dengan bantuan abang2 jakoa lar..

sebenarnya tak banyak point yg nak diceritakan, tapi ape2 pon, biarlah gambar berbicara~ (ceewah)

"usah kecewa andaikata kita melihat Islam itu jatuh dan kalah, kecewalah bilamana kita tak mampu untuk menyumbang kepada kebangkitan dan kemenangan Islam.." from someone, deep~

sesi pembahagian makanan kepada penduduk kampung
"ok semua bagi empat bintang kat abang.." peace yaw
tak taw nape aku upload, tapi backgroundnya lawo~ hehe

inilah team aku.. (aku,abg cip, zakiah, farhan)

ADIOS AMIGOS~ WASALAM

Monday, 6 January 2014

بسم الله الرحمان الرحيم


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH

salam sayang dan salam rindu buat semua pembaca belog ini.
alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan dengan nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang (dua nikmat yang paling dilupakan oleh segolongan besar manusia) dan bersyukurlah kerana masih lagi dikurniakan nikmat IMAN dan nikmat ISLAM...
ALHAMDULILLAH~

baiklah untuk entry kali ini agak lari sikit daripada entry-entry sebelum nie.. (peace yoo..) hehe

khas buatmu..

AKU TAKKAN BERHENTI MENEMANI DAN MENYAYANGIMU...HINGGA MATAHARI TAK TERBIT LAGI, BAHKAN SEBELUM AKU MATI, KU KAN BERDOA PADA ILAHI UNTUK SATUKAN KAMI DISYURGA NANTI..






gambar di instagram

Bunga~


Kuntumnya tidak selalu mekar,

Keharumannya tidak selalu segar,

Disebalik segala rahsia dirimu,

Hanya yg menghargai akan memahamimu


-from 'someone' to anyone-


first process

almost done

done!!! tp still need an adjustment~

susah untuk menjadi insan yang sempurna dimata seseorang,  lebih susah untuk kita sembunyikan kelemahan diri kita dari pandangannya kerana merasakan kelemahan itu akan merosakkan kelebihan kita yang lain tapi tidak dipandang.

lumrah manusia, akan terasa dengan satu keburukan orang lain terhadap dia lantas melupakan bermacam-macam kebaikan yang telah dirasanya.

menganggap besar perkara yang kecil merupakan kesilapan besar walaupun nampak kecil pada kesilapan-kesilapan besar yang lain, walhal kesilapan dan kekurangan adalah untuk diperbaiki, bukan untuk dipertelingkahi, kecilkan jurang perbezaan, tingkatkan tahap persefahaman.. ~saling melengkapi~

ok, yg nie nice~

another one~

sisi lain sikit

specialy made for you~
 sanah helwah buatmu...

5 JANUARI 1993

P/S: maaf lambat sikit.. huhu