Tuesday, 1 October 2013

UKHUWAH ITU INDAH



         

Bukan senang untuk mencipta sebuah pertemuan, bukan mudah untuk menjalinkan sebuah ikatan, apatah lagi untuk mengekalkan ukhuwah yang terbina, namun sebagai insan yang biasa, dugaan hidup akan terus melanda meskipun bukan ini yang dipinta, berbagai cabaran dihadapi, pelbagai dugaan menanti diri, hari demi hari ianya datang silih berganti, aduh, betapa susahnya hidup didunia yang fana ini, alangkah susahnya mencari seorang teman yang hadirnya dikala kita senang dan ketika kita masih lagi bernama insan, namun lebih susah untuk memiliki seorang sahabat yang setia disisi menemani, disaat ceria dan duka, dialah peneman yang menunjuk jalan kearah kebenaran, tidak ditinggalkan kita bersendirian walaupun dirinya dalam kegelisahan mereka inilah yang dinamakan (“..dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah..” ) sebagaimana yang terdapat dalam hadis Nabi, golongan yang dinaungi oleh Allah dihari tiada lagi naungan selain dari naunganNya.

Menyingkap kembali memori ketika mana kami mula-mula dipertemukan di sebuah tempat yang menjadi naungan para malaikat, didalamnya terdapat majlis-majlis ilmu, nama lain bagi tempat ini adalah ‘Taman Ilmu dan Budi’. Pertemuan yang telah ditakdirkan oleh Ilahi, kami bertemu dan terus mesra, alangkah indahnya ukhuwah seorang muslim sejati, bertemu dengan saudara seagama sudah mampu membahagiakan hati. Berbumbungkan mahallah Fatimah Az-Zahra, berada dalam kumpulan belajar yang sama, malah hampir setiap kali ‘outing’ kami lakukan bersama, alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!

Hubungan yang terbina atas dasar kasih dan cinta keranaNya membuahkan hasil yang mengekalkan dan mengeratkan hubungan ini, jika dilihat dari satu sudut, kami datang dari latar belakang keluarga, pengajian, dan minat yang berbeza. Seorangnya dari terengganu, dua dari kelantan, tiga berasal dari ‘utagha’ dan yang lainnya Kuala Lumpur, perbezaan dari segi tempat tinggal tidak menyulitkan kami untuk menjadi sahabat kerana jauh hanya jarak, jika insan saling setia dan berharap, segalanya mungkin kan? Adakalanya minat mempengaruhi kehidupan seseorang sekaligus menjadi faktor utama kejayaan atau kegagalan seseorang dalam perhubungan. Dua orang yang mempunyai kecenderungan minat yang berbeza amat sukar sekali untuk bertemu dalam satu majlis yang boleh menyatukan mereka.

Bagi yang memahami akan mengerti, kami hidup dalam dunia sendiri tapi tetap menghubungkan antara satu sama lain, jika minat salah seorang adalah cerita korea, maka yang lain akan turut bersama ‘meraikannya’ dan adapun yang lain meminati seni suara yang hampir setiap hari ‘menyumbangkan’ suaranya untuk hiburan bersama, cara kami bukan mengutuknya tapi memberi sokongan dan semangat, tidak hairanlah jika kami mampu menubuhkan sebuah kumpulan yang bertemakan alunan suara yang memuji nabi Muhammad atau dalam kata lainnya ‘team qasidah’. Allahu akbar! Sungguh hebat kecintaan sahabat-sahabat rasulullah terhadap beliau, moga-moga kita mampu mencintai baginda sebagaimana yang dikatakan baginda sendiri sebagai ‘ikhwannya’ yang tidak pernah melihat baginda akan tetapi mencintai baginda sehebat cinta para sahabat. Teringat satu kata-kata mengenai kemuliaan Islam. Daripada Umar Al-Khattab R.A:
“Kami adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Maka sekalipun kita mencari kemuliaan selain dengan apa yang Allah muliakan kepada kita, maka Allah akan menghinakan kita.”





***************************************




Bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat bagi seluruh ummat islam, pahala digandakan, ibadah sunat mendapat ganjaran ibadah wajib, bersedekah sangat-sangat dianjurkan dalam bulan ini, dalam bulan ini jugalah menjadi sejarah buat kami terutama aku sendiri. Segalanya bermula dalam keadaan yang tidak disangka, perhubungan yang terjalin tanpa dijangka. Menerima ‘SMS’ dari kenalan abangku yang berada berdekatan dengan tempat penginapan kami, mengajak untuk berbuka puasa bersama memandangkan aku yang tidak pulang pada cuti awal ramadhan kerana mengalami masalah kewangan.
[salam, nie azrin ke? Adik zul?]
[wslam, yup, nie spe ea?]
[nie kak sya, kwn abg zul]
[owh, ye2 ada ape nie?]
[xd lah, juz nak ajak adik join family akak bukak puasa, memandgkn adik xblk kan?]
[haah, xbalik, eh, ajak bukak puasa?] 
Agak terkejut dengan pelawaan dari seseorang yang baru dikenali untuk berbuka puasa bersama, lebih-lebih lagi dengan keluarga dia. Keputusan yang segera harus dibuat, dalam membuat keputusan, meskipun hanya sekadar menerima undangan berbuka puasa dirumah, pasti akan diteliti, setiap langkah akan membawa padah. Teringat akan sahabat-sahabat lain yang turut sama berkongsi nasib yang sama dimana kami tidak balik berbuka puasa bersama keluarga, merasakan kelainan jika hanya pergi berseorangan, Azrin mengambil keputusan menerima pelawaan itu hanya jika sahabat-sahabatnya turut serta merasai kemeriahan berbuka bersama keluarga, meskipun bukan keluarga kandung.
“serius ke kau nak ajak kitorang join family dye? Aku tak kenal lah siapa diorang tu, kau senang-senang jer terima cakap kita semua nak pergi” afiq bersuara setelah diberitahu tentang pelawaan itu.
       “eh, kau ingat aku kenal ke dia ni? Aku terima pun sebab alang-alang kita tak balik macam orang lain dan dia kenal abang aku, rasa-rasanya ok je kot” Azrin cuba meyakinkan sahabatnya.
       “aku ok jer, at least dapat makan free kan?” fikri menyampuk sambil tersenyum menunjukkan giginya yang ala-ala ‘mat saleh’.
       Perbualan mereka berakhir dengan persetujuan dari semua untuk berbuka puasa bersama dengan ‘keluarga’ baru. Begitulah Azrin dan sahabat-sahabatnya, tidak pernah sesekali terfikir untuk meninggalkan sahabat-sahabatnya walaupun dalam sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar masalah. Bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ apatah lagi, perumpamaan persaudaraan orang mukmin adalah ibarat anggota badan, satu anggota terasa sakit, maka sakitlah seluruh anggotanya. Jika tangan yang terkena air panas, badan juga akan terasa kepanasannya hingga demam.


“tetap bersama walau terluka, Mesti berusaha untuk mencapainya, Itulah rahsia dalam ukhuwah kita”



***************************************




            Yes! Hujung minggu dah tiba. Tiada waktu yang lebih dihargai oleh pelajar Universiti selain dari waktu lapang dihujung minggu dengan perancangan aktiviti yang hampir memenuhi setiap ruang waktu. Ada yang ‘outing’ dengan kawan-kawan, ada juga yang ‘dating’ dengan teman tapi mesra, tak kurang juga yang ingin meng’qadha’ tidur mereka kerana merasakan tidur mereka terganggu dengan pembelajaran harian.namun bukan ini ciri-ciri seorang mukmin yang sejati yang  mana hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan hari esok adalah lebih hebat dari hari ini.


“Sejenak kerehatan bagi seorang mukmin merupakan suatu kelalaian dalam hidupnya.” 


Ku akui, ku pencinta sejati,
Ku berjanji yang Kau selalu ku sayangi,
Namun, Tuhan selalu ku bohongi,
Betapa malunya aku menghadapMu..
mencariMu hanya bila ku rindu,
mula bersujud hanya bila ku perlu,
namun bila Kau beri ku cinta,
panggilanMu tak pernah aku dengar..
       “hoi, khusyuk nampak!” Izwan menepuk bahu Azrin dari belakang, Azrin menunjukkan reaksi orang tua yang hampir melatah, earphone yang melekat di telinga dicabutnya. Dia yang dari tadi sedang asyik mendengar nasyid yang bertajuk curang daripada kumpulan feelhoney mula menghadapkan wajahnya kearah sahabatnya itu.
       Satu soalan diajukan kepada sahabatnya itu, Azrin memulakan dengan mengatakan lirik nasyid yang baru sahaja didengari tadi.
“Adakah betul kita mencintai Tuhan kita?”
“Apakah buktinya kita mencintai Dia?”
“Pernahkah kita merasakan kehadiranNya dalam kehidupan kita?”
“Apa ertinya kita merasa hidup bertuhan?”
       Bertalu-talu soalan dikongsikan kepada sahabatnya itu, mereka berdua saling berpandangan akan tetapi minda masing-masing sedang ligat berpusing mencari jawapan. Wujudnya kita kerana Dia, namun adakah kita merasakan kewujudanNya disekeliling kita. Jawapan yang sudah diketahui namun belum terjawap dengan perlakuan diri. Begitulah manusia yang hidup menumpang didunia ini, ketika merasa cukup, terlupa kepada Sang Pemberi, bila datang kesusahan barulah mula mencari. Tidak ramai yang mampu menghargai di kala diri sedang merasai dan menikmati nikmat kurniaan Ilahi, datangnya tanpa dipinta, hilangnya kita tertanya-tanya. Adakah ini yang dikatakan hamba yang bersyukur?
Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Surah Ibrahim. Ayat 34)

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya
(Surah Al‘Aadiyaat. Ayat 6)

                Ya Allah, sungguh hamba-hambaMu ini sangat lalai dan leka dalam bersyukur kepadaMu, bagaimana kami mampu berjalan diatas muka bumiMu tanpa ada sedikit pun rasa bersyukur kepadaMu? Sesungguhnya kami adalah tergolong dalam golongan yang teramat rugi didunia ini. Apalah sangat kalau kita ambil masa barang sekejap untuk melafazkan betapa kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan. Lebih elok lagi kalau kita zahirkan dengan perbuatan, sebagaimana nabi Muhammad yang apabila ditanya oleh Aisyah mengapa beliau sanggup bangun malam dan bertahajjud sehingga bengkak dan pecah-pecah pada kaki baginda, dengan bersahaja baginda menjawap “salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?” (HR Bukhari)
“Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih”.
(surah Ibrahim, ayat: 7)


                Perbualan kami berakhir dengan konklusi yang masih lagi menjadi persoalan buat diri sendiri. Namun segalanya mungkin, mungkin sahaja jawapannya ada dalam diri, Cuma kita yang tidak berusaha mencari. Perasaan ingin mengetahui sesuatu perkara secara terperinci adalah amat perlu bagi seseorang mukmin yang sejati supaya dia lebih kenal hakikat sebenar kejadiannya dan juga apa yang berada disekelilingnya.
      


****************************


       Truut..truut..
       Truut..truut..
       “Assalamualaikum,” Izwan menjawap panggilan telefon daripada ibunya dengan nada yang bersahaja.
       Melalui ringkasan perbualan telefon Izwan bersama ibunya Azrin yang merupakan teman sebilik Izwan dapat mengenal pasti bahawa Izwan sedang menghadapi masalah keluarga, daripada nada percakapannya hinggalah kepada kelantangan suaranya, semuanya menunjukkan dia sedang berada dalam tahap ‘overpowering emotion’ bak kata pensyarah kami dalam kelas CCT.
       “aku tak puas hati betollah dengan adik aku ni! Semuanya tak kena bagi dia, apa yang dia nak pon aku tak tahulah, nak kata bodoh, belajar dah masuk sekolah menengah!” Izwan menghempaskan tubuhnya kearah katilnya yang bersebelahan dengan katil Azrin.
       “sabar wan, sabar.” Hanya perkataan itu yang terbit dari bibir Azrin, dia juga buntu memikirkan sahabatnya itu.
       “arrgghh, tension betul aku, kang aku balik, aku bunuh jugak budak nie!” Masih lagi dengan emosinya sehingga tak mampu dikawal apa yang keluar dari mulutnya.
       Azrin hanya mampu menoleh tanpa sebarang reaksi, mendengarkan sahaja segala perkataan yang diluahkan oleh sahabatnya, meskipun agak pedih kerana terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya, namun Azrin kekal bersama sahabatnya itu untuk menenangkan dia. Baginya, apalah gunanya dia bersahabat jika hanya mampu berkongsi kegembiraan tapi membiarkan disaat sahabat mengalami kedukaan.lebih mengejutkan Azrin adalah ibu Izwan berkata-kata dengan airmata, anak mana yang sanggup melihat ibunya bersedih? Kemarahan Izwan lebih memuncak disaat itu, Azrin sedar bahawa disaat inilah sahabatnya betul-betul memerlukannya.
       “wan, kau sekarang nie dalam keadaan marah yang teramat sangat, menyebabkan otak kau tak boleh berfikir dengan waras, jom, ambik wudhu dulu lepas tu solat sunat minta daripada Dia moga-moga kita diberikan petunjuk dalam menyelesaikan masalah ini.” Azrin cuba untuk berkomunikasi secara halus agar kemarahan Izwan tidak menjadi makin parah. Izwan mendengar dan secara pelahan-lahan dia bangkit dari perbaringannya menuju ke bilik air.
       Alhamdulillah, akhirnya selepas menurut apa yang disarankan oleh Azrin, jiwa Izwan lebih tenang dan kata-katanya tidak lagi berbaur emosi.dia lebih tenang dalam berkata-kata, itulah antara rahsia yang Allah sembunyikan dalam ‘talian’ yang menghubungkan hamba dan Pencipta. lebih menggembirakan apabila dia menerima panggilan daripada ibunya pada keesokan harinya mengatakan adik dia yang bermasalah itu sudah pun berubah. Ibunya juga mengkhabarkan bahawa adiknya telah pun meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Satu keajaiban yang sukar untuk diterima akal mahupun disangkal oleh teori-teori kejadian manusia. Allah, Maha Agung kekuasaanMu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Dialah sebaik-baik perancang.
       Satu iktibar yang amat jelas dapat kami kutip daripada peristiwa itu adalah bagaimana hebatnya Dia mengatur kehidupan kita, dikala kita lupa Dia akan mengingatkan kita, dikala kita jauh denganNya Dia datangkan hadiah berupa ujian dan dugaan untuk kita kembali kepadaNya. Itulah tarbiyah dariNya.

“Ujian dan dugaan itulah adalah satu cubitan manja dariNya agar kita tahu bahawa Dia sentiasa ada bersama kita, supaya kita kembali meletakkan segala pengharapan dan pergantungan kita kepada Dia”





***************************




Kisah kami tidak terhenti hanya pada kemuncak dimana kami mengalami kesusahan sahaja, ada juga kegembiraan dan kemeriahan yang kami kongsikan bersama, baik yang melibatkan semua penghuni FZC 302 mahupun hanya segelintir sahaja. Apa yang menarik tentang ahli-ahli bilik ini adalah masing-masing mempunyai komitmen tersendiri, ada yang sibuk dengan kelab dan persatuan namun ada juga yang sibuk sehinggakan nak tengok muka dia hanya ketika mandi dan makan. Satu kebanggaan buat kami semua kerana sebagai mahasiswa, kami bukan hanya lahir dari corong-corong fakulti dan kelas tetapi juga wujud hasil dari didikan lorong-lorong lapangan dan pengalaman. Ada yang berjawatan Yang-DiPertua, ada yang menyertai  perwakilan pelajar, tak kurang juga yang aktif bergiat dalam persatuan akademik masing-masing.



Dulu kau berdiri bersamaku dan saling mengukir janji,
bahwa kau kan selalu ada disini, susah senangku bersama kau tempuhi,
ku hargai…

kini kau dimana, meninggalkan ku sendiri tak berdaya,
pesan mu padaku janganlah berduka,jangan menangisiku bila ku tiada
Ku mencuba..

airmata jatuh ke pipi mengingkari janji yang ku beri,
kisah cinta sahabat sejati tak berakhir bila engkau pergi,
sahabatku kau kan ku rindui kerna kau takkan kembali,
walau kau disana namun doaku kan selalu bersama,
maaf kerna ku tak pernah pun berkata,
bahwa kau lah teman yang paling sempurna yang ku ada.. 

“oit, pasang lagu jiwang pulak malam-malam gini” Izwan menegur sahabatnya Azrin yang dari tadi khusyuk mendengar lagu ‘kisah cinta’ nyanyian kumpulan nasyid ‘feelhoney’.

“eh kau nie, takdelah saje jer dengar lagu nie sebab lagu diorang sume bez-bez, aku minat kumpulan nie, lagipun lirik lagu nie bukan tentang cintan-cintun pon, nama jer kisah cinta tapi kisahnya tentang sahabat” terang Azrin panjang lebar seolah-olah jurujual yang ingin mempromosi barang jualannya.

“yelah tu, ape-ape jelah..” dengan muka ‘selamba rock’nya Izwan membalas.

“aik, nie ada party-party happy-happy taknak ajak aku sekali ker??” Aliff mencelah dari pintu bilik kami dengan meniru gaya ‘Lan todak’ kesukaannya itu.

“Meh-meh, memang ada party pun, hah tu tambah-tambah nasi..” Fikri pula masuk ke bilik kami mengajak ‘berjimba’lah kononnya sambil memegang telefon bimbit yang tak pernah lekang dari tangan beliau.


“haa, nie dah cukup geng dah nie, fikri,alif, apa tunggu lagi?” Azrin cuba mewujudkan suasana yang sedang berada dalam fikirannya, idea-idea jahat mula menerpa ke ruangan fikirannya untuk mengusik teman sebiliknya itu.

“ayuh!” Fikri dan Alif menyahut serentak.sambil melihat muka Izwan yang sedang keliru namun seperti mampu meneka apa yang akan terjadi seterusnya.

“em, pegang-pegang fon tuh, ustaz, tak SMS ustazah ker??” Fikri mula bersuara menghadapkan mukanya ke arah Izwan.

“dah SMS kot, tadi dye mesej, ‘ustazah dah baca Al-Mulk ke belum’ betul tak ustaz?”
Azrin menyampuk dengan gaya memerli kawannya sambil menepuk Alif memberi isyarat untuk menyambung ayat seterusnya.

       “ustazah pon reply ‘maaf lambat reply mesej ustaz,ana baca Quran tadi.., ustaz jangan lupa witir sebelum tido yer’ Allah Allah Allah kan sweet macam nie” ketawa mereka bergema serentak memenuhi ruangan bilik namun Izwan ketawa tersipu-sipu sambil tersengih, memandangkan masa ini adalah masa untuk dia ‘kena’.

       “aa.. korang tunggulah, nanti-nanti time korang, haa..” Izwan mengugut dalam keadaan bergurau sambil tersengih.

       “eh, ustaz tak boleh macam nie, nanti ustazah marah” secara spontan Azrin membalas gurauan sahabatnya itu sekaligus ketawa mereka berderai lagi.

      
       Panggilan ustaz dan ustazah merupakan rekaan kami sebilik mengisyaratkan kata nama ganti diri itu kepada sahabat-sahabat yang ‘terkena’ kerana kami semua merupakan melajar yang mengambil jurusan ‘Ilmu Wahyu’ atau nama panjangnya ‘Ilmu pengetahuan berteraskan Wahyu dan Warisan Islam’ tapi lebih terkenal dengan nama ‘IRK’ di UIAM ini. Bagaimana bermulanya gelaran ini masih lagi menjadi rahsia meskipun buat penghuni FZC302 hinggalah ke hari ini, tiada siapa yang tahu.


Ada masanya gurauan sesama sahabat akan menceriakan suasana dan mengeratkan ukhuwah, ada masa gurauan menjadi harus jika kena pada tempatnya tetapi menjadi haram bila menyalahi syariat, dalam gurauan elakkan dari melakukan penipuan. Akan tetapi terlalu banyak bergurau akan menyebabkan hilangnya kewibawaan. Gelak ketawa merupakan buah ataupun kemanisan dalam bergurau dan ianya juga perlu dikawal kerana terlalu banyak ketawa akan mematikan hati, sedangkan jiwa yang tak mampu ketawa ibarat robot yang hanya mengikut arahan yang diterapkan dalam sistemnya.

       Perkara yang paling asas yang perlu ditekankan adalah lidah dan hati. Lidah merupakan punca utama khususya dalam bergurau dan umumnya dalam pertuturan. Manakala hati merupakan sumber dan titik utama yang menyebabkan bermulanya perbuatan ataupun kelakuan. Berbicara dan berkata-kata mampu memberikan kebaikan jua keburukan kepada saudaranya yang lain, akan tetapi muslim yang terbaik adalah yang terselamat saudaranya dari perkataan dan perbuatannya sebagaimana sabda junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W:

“Seorang muslim, ialah orang yang kaum Muslimin selamat dari lidah dan tangannya;
dan orang yang hijrah, ialah orang yang meninggalkan apa yang Allâh larang”
( HR al Bukhâri (no. 10) dan Muslim (no. 40), dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash radhiyallâhu'anhu.)

            Setiap perkataan yang terbit dari mulut secara sengaja mahupun tidak akan dicatat oleh malaikat yang berada dikiri dan kanan seorang muslim itu. Jadi hendaklah seorang muslim itu berwaspada dalam setiap apa yang ingin dilontarkan melalui lisannya. Dari segi sains pula, molekul air mampu menyerap perkataan atau bunyi yang terhasil dari sekeliling, jika perkataan yang baik yang dikatakan pada air, maka akan cantiklah molekulnya dan begitulah sebaliknya. Didalam mulut kita pula ada saliva atau nama lainnya air liur yang juga menyerap perkataan yang keluar dari mulut kita, disini jelaslah bahawa seseorang yang sering menungkapkan perkataan-perkataan baik mahupun kalam suci, sentiasa menelan molekul-molekul air yang cantik oleh itu tidak hairanlah jika tubuhnya sentiasa sihat dan hidupnya penuh berkat.

       Begitulah juga sebaliknya, barangsiapa yang suka berkata-kata dengan perkataan yang keji atau suka mencaci dan menghina orang lain maka apa yang bakal ditelan dan masuk ke dalam perut seterusnya menjadi darah dagingnya tak lain tak bukan adalah air yang bermolekul baik dan zarah yang sihat.

         
“Satu perkataan sudah mampu untuk menghiris sekeping hati yang berkaca, namun satu kalimah belum tentu berdaya mengukir senyuman pada wajah yang membisu seribu bahasa”




***************************




            Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, jika ada yang datang pasti akan pulang, begitulah juga kami disini, peperiksaan terakhir untuk semester yang terakhir hampir tiba, tidak lama lagi kami semua akan bergraduasi dari UIAM ini. Kesedihan itu ada, kepiluan juga kami rasa, namun kami tahu ini adalah perancanganNya, jika kami ikhlas menjaga hubungan ini kerana Dia, nescaya akan dipertemukan kembali suatu masa nanti, jika bukan didunia yang fana ini, mungkin diakhirat yang kekal abadi. Terlalu banyak perkara yang kami kongsikan bersama, banyak juga masalah yang datang melanda, akan tetapi itu semua adalah dugaan dari yang Maha Esa, kerana kami tahu saat itulah ukhuwah kami sedang diuji.     

Buat sahabat-sahabatku:

Izwan, Fikri, Arif, Alif, Amir, Fais, Hafizi, Fitri… 

Nama-nama yang pernah mencorakkan hidup aku, mengisi suka dan dukaku, ku bahagia mengenalimu sahabat~
       Kalau bukan kerana cahaya.
              Pasti bunga akan layu dan mati.
       Segala pahit manis kita bersama,
              Akan ku pahat utuh De-Hearty  


Masa yang berlalu bagaikan sekelip mata….

Ya Allah ku harapkan ukhuwah yang kami bina walau sebentar Cuma, Kau kekalkanlah ia dan semoga kami menjadi sebahagian daripada  7 golongan yang berada dibawah naungan arsyMu dihari tiada lagi naungan kecuali naunganMu iaitu ‘mereka yang bersahabat dan saling berkasih sayang,bertemu dan berpisahnya mereka kerana Allah’. Aku mohon Kau jagakanlah ukhuwah kami ini sebagaimana Kau menjaga diri kami, kami merancang namun Engkau juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Engkau Ya Allah. Tiadalah daya kami untuk menolak segala perancanganMu, apa yang kami harapkan adalah Engkau takdirkanlah apa yang terbaik buat kami semua.. ameen~

           







             

Friday, 16 August 2013

LAYAKKAH AKU??

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh
entry kali nie sebenarnya dah lama simpan dalam lappy, tunggu masa nak upload jer..
moga-moga ada manfaatnya, jika ada salah silap
mohon ditegur..

layakkah aku? mampukah aku??
persoalan yang bakal timbul bila kita akan diberikan satu jawatan,
sebuah amanah dan bebanan tanggungjawab..

perkara yang asas yang harus dititik beratkan adalah niat kita..
kerana apa? untuk siapa? kepada siapa?
jika jawapan bagi persoalan-persoalan diatas sudah anda rungkaikan,
ketahuilah bahawa boleh dikatakan 70% jawapan bagi soalan "layakkah aku dan mampukah aku" dah terjawap..

jika anda masih lagi belum menemukan jawapan bagi persoalan asas diatas, maka muhasabah balik diri sendiri, apa ertinya hidup diatas muka bumiNya ini?
dimanakah perasaan hidup bertuhan?
simpan segala jawapan untuk diri sendiri,
luahkan hanya dalam hati,cuba refleksi balik,

baiklah, menjurus kepada persoalan yang paling atas..
kadang-kadang kita ada jugak terfikir mengenai layakkah aku untuk memegang apa-apa jawatan,atau amanah atau yang sewaktu dengannya, namun adakah kita pernah mencuba untuk melayakkan diri kita??
satu contoh yang ringkas..
masa SPM, kita target straight 'A's
lepas tu kita fikir balik, mampukah aku dapat straight A tuh??
boleh ke?? macam susah jer...
pada pandangan anda soalan-soalan sebegini membantu atau tidak dalam mencapai target dye?? anda tahu jawapannya~
persoalan bukan mampu atau tak mampu tapi mahu atau tak mahu??
nak atau tak nak??
kalau anda mahukan kejayaan,kalau anda nak kecemerlangan, apa yang anda akan buat?? Usaha~ Doa~ Konsisten~ Tawakkal~ dll...

sudah jelas dengan contoh diatas??
jika belum, ayuh dengar kata-kata ini pulak..

siapakah diri anda untuk menentukan anda layak atau tidak??
dari sudut manakah yang anda ukur diri anda untuk menentukan anda layak atau tidak?
mungkin ada dari kalangan anda yang akan menjawap,
"saya tahu kemampuan saya setakat mana, dan memang saya rasa saya tak layak untuk jawatan ini"
renungkan kembali firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
(surah At-Tin ayat yang ke-4)

sesungguhnya Dia telah mencipta kita dengan sebaik-baiknya, tidak ada kekurangan, tetapi kita sendirilah yang menjadikan diri kita ini 'kurang'
anda faham apa yang ingin disampaikan disini?? baiklah, kita hayati ayat ini pula:

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


“Kita bukan menetapkan apa yang sesuai untuk diri kita tetapi kita sesuaikan apa yang telah ditetapkan untuk diri kita”



Oleh itu sebagai kesimpulan daripada artikel yang serba ringkas ini, usah pedulikan persoalan-persoalan yang bermain difikiran, biarkan saja ia menarawang tanpa arah tujuan kerana bukan itu fokus utama dalam penghidupan. Tajdid niat disetiap perbuatan dan muhasabah balik diakhir amalan.


Friday, 19 April 2013

syukran~

salamun alaik,,,

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILALLALLAH

pertama dan selama-selamanya, bersama-samalah kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kehdarat Ilahi kerana telah melimpahi kita, hamba yang kerdil ini dengan pelbagai nikmat, rahmat, dan juga inayahNya.
tanpa kasih sayang dariNya, apakah mungkin kita masih lagi mampu untuk membuka mata kita untuk yang ke sekelian kalinya, Alhamdulillah.... merci Ya ALLAH, grâce à Allah..

sudah lama tak menjenguk blog ni, dah bersawang agaknya(da memang nama pon laman sesawang kekeke..)
sudah lama jugak jari-jemariku tidak menari diatas papan kekunci ini,
bukan kerana ketandusan idea untuk meluahkan rasa,
tetapi kerana telah melalui kekangan masa yang tidak diduga,
terlintas juga diminda, adakah masa yang selalu tidak memihak kepadaku?
ataukah aku sendiri yang selalu tidak adil dan berlaku curang padamu?

ku biarkan persoalan ini terus menerawang diruang angkasa benakku, aku tahu jawapan bagi persoalan ini hanya aku dan Dia yang lebih tahu, biarpun kadang-kadang sebagai seorang manusia, kita sendiri masih sukar untuk mengerti keadaan diri sendiri..

merasa lalai dan leka namun tetap berlagak biasa..
dikala ujian menimpa baru mencari yang MAHA ESA,
bilamana nikmat diterima, lupa pula pada Pemberinya,
sering tertanya-tanya bila hidupnya akan berjaya,
sedangkan diri tidak berusaha menuju kearahNya..

maaf entry yg tatao ntah kemana menerawang dah nie.. hehe
gomenasai~

to be continued...

p/s: follow me at koloni, mention untuk difollow balik..

Friday, 8 March 2013

"Selamat Hari Lahir Putera Kesayangku"


angoh, anak umi sayang..
maafkan umi, terlupa nak rakam ucapan saat angoh dilahirkan.
8mac jam 12.30malam, kamu selamat dilahirkn..
tanpa mengeluarkan bunyi suara,tragedi tali pusat membelit leher kamu,
Alhamdulillah kamu dilahirkan umi dan diazankan abah,
kamu merupakan putera kesayangan kami yang ke-4
menambahkan keceriaan dalam keluarga,
membesar dengan cergas dan pintar..
selamat hari lahir yang ke-20
kini kamu sudah pun berada di menara gading,
memenuhi kewajipan sebagai seorang pelajar,
harapan umi, dalam era 20an nie..
pertama sekali, jadikan dirimu sebagai anak yang soleh
pada umi dan pada abah..
buang tabiat lama, bina yang baru dalam segala hal..
jadi anak yang bersopan santun, berakhlak mulia dan menghormati semua orang,
disemua peringkat umur, tak semestinya golongan yang tua,
tiada yang lebih indah selain dari 'AKHLAK MULIA',
tiada yang lebih dikenang selain daripada 'AKHLAK TERPUJI',
sehingga Rasulullah di gelar 'AL-AMIN'

Allah3...
ucapan yang paling manis yang aku terima daripada bonda yang amat kucintai..
sebak didada saat membacanya, 
terasa sayu dihati bila ku merasai,
alangkah mulianya insan yang bernama..
abah dan umi..
Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil..
ameen3..
hanya Dia sahaja yang mampu membalas segala jasa2mu...


janji ku padamu, akan ku abadikan kata2mu ini mengiringi setiap langkah dan hayunan kakiku...
moga2 aku tetap teguh dalam kehidupan ini, bertaqwa dan berakhlak mulia..






tanpa mereka, siapalah aku~

T.T

Tuesday, 5 March 2013

persepsi diri~


"wah3, cantik janggut!" sekali kena puji dengan sorang pakcik.

"eh2, alamak... janggut sejemput macam nie pun ada gak orang nak puji" tersipu-sipu lah jugak diri ini terasa.

rupa-rupanya maksud asal beliau ialah nak kata yang janggut aku nie tidak berapa kemas, ditambahnya lagi.. 

"baik tak payah simpan lar.." 

erk! =.="

ape nie pakcik?? pakcik ingat saya saje-saje ke simpan? daripada pakcik yang tak ada janggut, ke pakcik cukur?? pakcik kalau tak suka dengan sunnah jangan lar halang orang lain daripada melakukannya! macam mana pakcik nak mengaku ummat nabi Muhamamad kalau sunnah baginda pun pakcik boleh cakap macam nie!!! ehem3 (nie adalah monolog aku sendirian disaat mendengar kata-kata pakcik tadi, bukan suara luaran yer... kang tak pasal-pasal kena cop biadap lak~ )


 :عن ابن عمر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم 

" خالفوا المشركين أحفوا الشوارب ، وأوفوا اللحى "

Maksudnya: “Hendaklah kamu bezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat.” (Riwayat Muslim)

dalam riwayat lainnya..


:عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

" جزوا الشوارب ، وأرخوا اللحى خالفوا المجوس "

Maksudnya: “Nipiskan misai dan biarkan janggut, hendaklah kamu berlainan daripada kaum Majusi.” (Riwayat Muslim)

"adik pernah dengar tak dengan cerita kambing dan ayam jantan??" satu soalan terbit dari mulut beliau.

"pernah-pernah, ala pakcik nie.. cite tu pulak" aku mengiakan sahaja, tak nak banyak cakap, hehe

sesapa yang tahu mengenai cite kambing dan ayam tu, faham lar dengan apa yang cuba aku sampaikan nie, tapi...
ada ke patut dia samakan perihal manusia dengan binatang..
apa? binatang pun ada masalah?? OPPSS...

bila aku cakap kat pakcik tu yang simpan janggut nie sunnah, terus dia balas dengan persoalan.. 

"solat dhuha buat? solat hajat buat? solat taubat?"

aiseyh pakcik nie, perlu ke cakap macam 2..
jawapannya hanya ku suarakan dalam hati kerana memikirkan suasana yang tidak sesuai untuk aku memberi penerangan panjang lebar.

-takkan lar nak cakap aku buat semua tu?? boleh ke nak cakap amalan-amalan yang kita dah buat? kang tak pasal-pasal masuk dalam kategori riya' pulak..
haih, naya aku nanti kalau salah jawap..
-ada kaedah dalam fiqh yang mengatakan JIKA TAK MAMPU BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA. so, so, so, aku buatlah semampu aku sebagai seorang hamba yang lemah lagi banyak salah dan khilaf.. (ampuni dosa hambaMu ini Ya Allah..)

last but not least...
fokus utamaku adalah persepsi sesetangah orang (umum yer, bukan pakcik nie jer... 
bilamana akal didahulukan dalam menafsir sesuatu perkara yang memang sahih dan konfem daripada baginda, macam-macam akan keluar, contoh- janggut kalau simpan, tak kemas lar nanti, nampak serabut lar.. dll
kemas ke tak kemas adalah bergantung kepada individu yang menjaganya, apa, ingat orang yang tak ada janggut nie kemas lar?? lagipun ada jer orang berjanggut lebih kemas dan hensem dari yang tiada janggut tu~
janggut oh janggut~

one more is...
bagaimana kita sebagai pelajar agama (semua yang beragama islam, bukan yang mengambil jurusan pengajian islam sahaja!)
mampukah kita menangani isu ataupun situas seperti ini? adakah kita akan terus melatah dan memaki hamun pakcik itu? atau hanya berdiam dan mengiakan saja?
atau cuba memberikan pencerahan tentang perkara-perkara dalam hal agama yang mungkin, mungkin tak diketahui oleh orang awam..

anda sendiri yang tentukan... 
bersedia ditarbiyah untuk mentarbiyah..
bersedia dipimpin untuk memimpin..




tinta seorang putera
^_^

Thursday, 28 February 2013



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Sebak dada bila membaca....
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah.. .

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di
atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku
di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta
ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku
pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku
teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa
lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap.
.......Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia
yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan
nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah
merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara
abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu
kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... ..
Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak
mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak
ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak
semudah yang kaulafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu
menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku
tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin..... .".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu
suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagisakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikatmaut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dansemakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Akutidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, akuberdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan
rintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang
peduli.Nenekku datang,

"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minumair ini".
"Ibu.......".Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi......" .
Ayah.......kau datang ayah......." ."Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
 "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau
kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin
memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah
menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia
berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikut
kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah
datang ."Apa ini,apa ini?.
Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". 
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini
seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di
hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......
".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi
wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata
memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
ni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".

"Assalamualaikum. ....."."Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia
ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,
coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan
mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya.
.....jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"."Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodohdan sejijik ini"."Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya."Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini"."Akulah amalanmu yang keji........ ..".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah
pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita
lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat
hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku
memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau
kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku
bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan
sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah
yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan
kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di
sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!
!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong
rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa
orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada
di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku'
,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Keengaran suara
tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanah
perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku
takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang
besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke
dalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam
memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada
di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah
menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada
Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok
imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim
itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku
terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin
hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku
terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di
lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!! 

 "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU
ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG
SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."