Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh
entry kali nie sebenarnya dah lama simpan dalam lappy, tunggu masa nak upload jer..
moga-moga ada manfaatnya, jika ada salah silap
mohon ditegur..
layakkah aku?
mampukah aku??
persoalan yang
bakal timbul bila kita akan diberikan satu jawatan,
sebuah amanah
dan bebanan tanggungjawab..
perkara yang
asas yang harus dititik beratkan adalah niat kita..
kerana apa?
untuk siapa? kepada siapa?
jika jawapan
bagi persoalan-persoalan diatas sudah anda rungkaikan,
ketahuilah
bahawa boleh dikatakan 70% jawapan bagi soalan "layakkah aku dan mampukah
aku" dah terjawap..
jika anda masih
lagi belum menemukan jawapan bagi persoalan asas diatas, maka muhasabah balik
diri sendiri, apa ertinya hidup diatas muka bumiNya ini?
dimanakah
perasaan hidup bertuhan?
simpan segala
jawapan untuk diri sendiri,
luahkan hanya
dalam hati,cuba refleksi balik,
baiklah,
menjurus kepada persoalan yang paling atas..
kadang-kadang
kita ada jugak terfikir mengenai layakkah aku untuk memegang apa-apa
jawatan,atau amanah atau yang sewaktu dengannya, namun adakah kita pernah
mencuba untuk melayakkan diri kita??
satu contoh
yang ringkas..
masa SPM, kita
target straight 'A's
lepas tu kita
fikir balik, mampukah aku dapat straight A tuh??
boleh ke??
macam susah jer...
pada pandangan
anda soalan-soalan sebegini membantu atau tidak dalam mencapai target dye??
anda tahu jawapannya~
persoalan bukan
mampu atau tak mampu tapi mahu atau tak mahu??
nak atau tak
nak??
kalau anda
mahukan kejayaan,kalau anda nak kecemerlangan, apa yang anda akan buat?? Usaha~
Doa~ Konsisten~ Tawakkal~ dll...
sudah jelas
dengan contoh diatas??
jika belum,
ayuh dengar kata-kata ini pulak..
siapakah diri
anda untuk menentukan anda layak atau tidak??
dari sudut
manakah yang anda ukur diri anda untuk menentukan anda layak atau tidak?
mungkin ada
dari kalangan anda yang akan menjawap,
"saya tahu
kemampuan saya setakat mana, dan memang saya rasa saya tak layak untuk jawatan
ini"
renungkan
kembali firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya."
(surah At-Tin ayat yang ke-4)
sesungguhnya Dia telah mencipta kita dengan sebaik-baiknya,
tidak ada kekurangan, tetapi kita sendirilah yang menjadikan diri kita ini
'kurang'
anda faham apa yang ingin disampaikan disini?? baiklah, kita
hayati ayat ini pula:
boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah
ayat 216)
“Kita bukan menetapkan apa yang sesuai untuk
diri kita tetapi kita sesuaikan apa yang telah ditetapkan untuk diri kita”
Oleh
itu sebagai kesimpulan daripada artikel yang serba ringkas ini, usah pedulikan
persoalan-persoalan yang bermain difikiran, biarkan saja ia menarawang tanpa
arah tujuan kerana bukan itu fokus utama dalam penghidupan. Tajdid niat
disetiap perbuatan dan muhasabah balik diakhir amalan.
No comments:
Post a Comment