Sunday, 3 February 2013

Sukarelawan Sosial Islam (SUKSOIS)

salamun alaik.. huh3..
teruja2.. sangat teruja kali nie nak publish post..
hehe nak taw kenapa??
jom.. baca sampai habis..

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

pada tarikh 2 februari 2013, kelab perkim (x abis2 ngan kelab perkim..) telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).satu program yang bertajuk AWAS! jerat hari valentine...

bunyi cam menarik jugak tu...

so, aku pon turut sama lah turun padang.. dah nama pun 'dakwah lapangan..
=.="

secara kasar dan ringkasnya, program berunsurkan dakwah bil hal(paham ke tak?)
lebih kurang dakwah melalui situasi atau nama lain temuseru..
yang mengumpulkan ngo-ngo dan student-student ipt...
(tambah kenalan lagi.. Alhamdulillah)
dah habis cite dah~

nak berkongsi pengalaman lah sikit kat sini.. hee~

1st of all memang rasa nebes2 giler nak join program nie...
tapi aku kuatkan semangat, cabar diri sendiri, yang penting..
ikhlaskan niat hanya keranaNya Yang Satu
Allahu Rabbi~

"tak semua yang diajar dalam teori menepati apa yang dirasai ketika amali,tak semua yang boleh bercakap mampu untuk bertindak..."-dakwah bil hal-


pagi tu kami sampai kat masjid Asy-Syakirin KLCC, pusat bagi program nie...
setelah pembahagian group dan perasmian majlis, kami diberikan masa untuk mengenali ahli kumpulan masing2 sambil fikirkan strategi untuk mendekati orang awam..
em, menarik tuu~







arakian~
bermulalah jelajah para daie'...

bermula dengan menghampiri sasaran, memberi salam, seterusnya bertanyakan khabar dan...
bila sasaran dah masuk port, ape lagi, kitorang mulalah menjalankan misi mencapai objektif.

kami: abang tahu tak apa itu valentine day?
client: vaentine day? aa.. tahu gitu-gitu jer..
kami: tahu gitu-gitu tu macam mana?? hehe (cuba membangkitkan suasana..)
client: yelah, yang abang tahu itu adalah hari kekasih, hari cinta-cinta gitu (client nie orang indon ^_^)
kami: apa pendapat abang? abang tahu tak asal usul dye?
client: entah lar.. kami tak pernah sambut pon..(diorang suami isteri daa..)
kami: haah, bagos betul abang nie, bila da kawen, hari2 adalah hari kekasih..
ketawa lar..  semua..kah3

seterusnya kami memberi penerangan tentang asal usul sejarah valentine day...
nak tahu??  

<<"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..>> klik sini


ok, aku tak nak cerita panjang2, takut boring pulak.. (hehe aku pon tak suka baca kalau panjang2)
juz nak share ap yang aku dapat dari program nie..
here we go~

‎"tak semua yang diajar dalam teori menepati apa yang dirasai ketika amali,
tak semua yang boleh bercakap mampu untuk bertindak..."
-dakwah bil hal-

bukan senang nak buat kerja macam nie, memerlukan kesabaran yang teramat tinggi, 
kadang2 dikeji..
ada yang melarikan diri..
tak kurang juga yang menjeling..
apatah lagi yang pandai mengerling..
macam-macam ragam yang kami temui..
macam-macam soalan kami beri..
biasalah kalau tak mengaku..
atau mungkin mereka bukan begitu..
huhu

-kebiasaannya sasaran kami adalah remaja-remaja yang sedang berdua-duaan (da macam pencegah maksiat pulak..) of kos lar diorang tak kawen lagi, tapi alhamdulillah, kami sempat bagi pencerahan sikit tentang isu tu (isu kahwin awal.. hee~)
-kalau nak tanya pendapat, tak ramai yang tahu sejarah tapi boleh nak dikatakan semualah tak sambut valentine day (tak ambik port kata diorang..) ^_^
-kebanyakan tahu pasal sambutan jer, tak tahu pun tentang asal-usul, sejarah V-day
-masalah yang boleh nak dikatakan agak besar adalah kami sendiri yang 1st time buat kerja nie, jadi tak berapa nak ada pengalamanlah... segan2 gitu nak masuk dekat - main suruh-suruh dan tolak-tolak (sweet tak? ekeke)
-DLL (tak sempat nak mention semua)



-dan brother nie sangat sporting...
"sempoi lah bang"
ajak bergambar pon bley jer,..
(yang nie serius macam sesi kaunseling...  :-p)


Alhamdulillah....
selesai jugak kerja-kerja dakwah nie,
jelas nampak kepenatan dan kehausan diraut wajah para sukarelawan..
tapi apa-apa pun,
u guys rock!!
(ambik gambar last sebagai kenang-kenangan..)
^_^

haa.. yang nie da kira terlebih pose dah nie... alang-alang da sampai KLCC, apa salahnya bergambar sekali-sekala.. kan3

sebelum aku akhiri entry nie, ayuh muhasabah sejenak~


من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."


adakah kita tergolong dalam golongan yang disebut dalam hadis dan Firman Allah diatas??

cermin diri, ketuk hati, tanya iman, berpijaklah dibumi realiti, sedarlah dari alam fantasi mimpi, yang bukan hanya merosakkan diri, bahkan menjadi beban kepada agamamu sendiri
# juz nak bagitahu, aku masuk tv9 dan jugak malaysiakini
huhu astghfirullah!! 


kpd yg sudi membaca - terima kasih
kpd yg sudi komen membina - jazakumullahu kheir
kpd yg sudi like - arigatogozaimas
kpd yg sudi share - thanks

No comments: