بسم الله الرحمان الرحيم
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, alhamdulillah setelah sekian lama aku tinggalkan belog nie tanpa sebarang kemasukan(entry) kini aku kembali, bersama-sama jari-jari yang turut sama ingin menari, diatas papan kekunci ini.
semenjak kebelakangan ini sudah bermacam-macam peristiwa yang aku lalui, pelbagai ragam telah aku temui, dan terlalu banyak perkara yang telah aku pelajari, namun sukar untuk diterjemahkan kedalam bahasa tanpa kata (tulisan). insyaAllah kali ni aku cuba untuk kembalikan kekuatan untuk terus bermadah bicara melalui aksara-aksara yang dulu pernah hilang bersama roh semangat dalam jiwa berduka.
cukuplah sebagai pendahuluan, menjurus kepada motif utama yang cuba aku nukilkan disini, sebagaimana tajuk diatas..
tanggal 31disember baru-baru ini pada pukul 9 malam bertempat dihadapan pusat membeli-belah SOGO (padahal baru semalam.. keh3) aku dan geng mahasiswa UIAM yang lain turut sama menyertai suatu gerakan atau mungkin lebih sesuai dipanggil himpunan untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barang menurunkan kos sara hidup rakyat Marhaen yang menetap di Malaysia yang 'terchenta' ini (cheewaah..). quote menarik aku dapat.. "kita berjuang bukan sahaja demi nasib kehidupan kita pada masa sekarang, bagaimana pula dengan nasib anak-anak, cucu-cucu kita pada masa akan datang?? kita bangkit demi mereka yang bakal mendiami bumi 'bertuah' Malaysia ini"
another one yang agak menarik tapi dah lama aku dengar.. " we're not leaving this world to our children, but we borrow it from their generation" (lebih kurang lar bunyik nyer..)
another one yang agak menarik tapi dah lama aku dengar.. " we're not leaving this world to our children, but we borrow it from their generation" (lebih kurang lar bunyik nyer..)
fokus utama entry ini adalah kekhilafan berdemonstrasi ini, maaf aku tak mampu kupas isu ini dari sudut ilmiah, tapi aku cuba lontarkan pendapat aku sekadar apa yang termampu.
ada segolongan yang mengatakan demonstrasi jalanan ini HARAM, KHAWARIJ dll. namun ada yang sebaliknya, ada yang menyokong dan membela. aku kemukakan hujah-hujah kenapa ianya menjadi haram dan kenapa ada yang membenarkan.
kedua masalah muslimat yang turut sama ingin memberikan sokongan mereka (mungkin ramai yang tak setuju dengan point ini..) sanggup TURUN dan menyertai demonstrasi yang sangat-sangat padat ini, pada waktu MALAM dan terpaksa bersesak-sesak dengan berlawanan jantina.. huhh..
kenapa memilih demonstrasi jalanan ini?? kerana ini adalah cara yang paling efektif untuk menunjukkan suara rakyat, kuasa rakyat dan merupakan tindakan yang paling memberi kesan kepada MEREKA.
ok2 dah abis dah..
ini adalah pendapat peribadi aku, kalau ada yang salah sila tegur, tapi bukan teguran emosi, bagilah teguran hujah, bidasan fakta, kalam hikmah, hatta dalil-dalil muhkamah~
Aku setuju
dengan golongan yang berpendapat bahawa demonstrasi ini haram dari beberapa
sudut, pertama masalah dari segi kewajipan sebagai seorang muslim iaitu solat,
disebabkan program akan bermula pada pukul 9 malam dan masuknya waktu isya pada jam 8.30 lebih kurang, lebih teruk surau di sogo sangat kecil tak mampu menampung jemaah-jemaah TURUN nie semua, jadi kerisauan aku adalah bagi mereka yang mengenepikan kewajipan dan mendahulukan perarakan. walau bagaimana pun aku sallute sangat-sangat beberapa golongan yang sangat menjaga solat mereka. (buktinya ada dibawah..)
alhamdulillah, tetap menjaga solat mereka.. |
ok ape masalahnya?? gampang aja (tetibe indon..) satu, mereka keluar pada waktu malam, waktu yang sangat hampir boleh membawa fitnah, sampai pukul 12 pulak tuh, yup mungkin ada yang beralasan ramai yang turun, tapi bagi aku kaum muslimat tidak patut untuk keluar pada waktu malam, ini adalah demi menjaga maruah mereka sendiri, fikirkan wahai muslimah~
kedua bab bersesak-sesak, yang nie anda boleh nampak dalam gambar yang ada dibawah.
walau pun anda cuba menjaga penampilan dari segi pemakaian, tapi jaraknya tetap tak terjaga, bagaimana ini??
seterusnya bab ikhtilat, point ini hampir sama dengan masalah diatas, jadi tidak perlu huraian lebih lanjut kot..
meskipun aku bersetuju dengan perkara diatas, aku juga ada pandangan yang lain yang bagi aku perkara nie adalah harus dan dibolehkan
point yang ringkas sahaja (tak nak tulis panjang sangat dah, takut jenuih nak membaca nanti..) dalam perlembagaan kita sendiri kita dibenarkan untuk membuat demonstrasi secara aman, kalau tak memang dah kena halang awal-awal lagi daripada pihak berkuasa, haa so benda nie tidak menjadi masalah sebab negara kita negara demokrasi.
next, aku tak nampak sangat dah cara lain yang mungkin boleh digunakan rakyat untuk menegur pemerintah, seolah-olah rintihan kita tidak didengari. jadi demonstrasi aman seperti ini boleh adalah merupakan medium untuk kita memberi 'nasihat' kepada para pemerintah cuma menggunakan platform yang mampu mendesak mereka. meskipun begitu, kita tidak bermaksud ingin menimbulkan kekacauan dalam negara yang aman ini 'syukurlah Malaysia masih aman'.
ramai kan... |
dari jauh, huhu |
ini adalah pendapat peribadi aku, kalau ada yang salah sila tegur, tapi bukan teguran emosi, bagilah teguran hujah, bidasan fakta, kalam hikmah, hatta dalil-dalil muhkamah~
apa yang baik itu datangnya daripada Allah, apa yang kurang itu adalah kelemahan diri ini sendiri..
WALLAHU A'LAM..
me n the geng |
No comments:
Post a Comment