Wednesday, 30 January 2013

MAAFKAN DAKU

salamun alaik.. tetiba malam ni terasa nak tulis benda nie.. (ada lah sebabnya tu..)
sebenarnya aku tulis ni masa tengah meeting.. hehe
(teruknya aku..) =.="
mood: nak mintak maaf dengan semua..

bukan senang nak puaskan hati semua orang, bukan mudah nak 'masuk' dengan setiap insan..
ada yang lurus,dan ada yang tulus..
namun tak semua yang baik itu adalah elok dan tak semua yang jahat itu adalah buruk..

adakalanya kita mengenal manusia dari rupa luaran tanpa pernah mencuba untuk menyelami hati yang terdalam..
bukanlah bermaksud menyentuh hati,  sekadar cuba untuk memahami hakikat sebenar betapa halusnya penciptaan segumpal darah bernama HATI..

duhai yang memahami tolonglah mengerti,
diriku ini bukan insan yang sempurna,
ku juga memiliki naluri yang biasa,
kerna....

-AKU ADALAH AKU-

hanya satu yang ingin ku pinta dari mu,
ku tahu walau bagaimana pun,
permintaanku tetap akan kau tolak ia,
namun ku tetap dengan pendirianku,
pintaku...

~MAAFKAN DAKU~



Sunday, 27 January 2013

sketsa pendek : kisah anak derhaka

salamun alaik..
ok, untuk update terbaru nie aku tukar dari bentuk tulisan kepada video (walaupun aku tangah menulis sekarang ni.. =.=")

sekadar perincian tentang video ini:
kami buat video ni masa nak buat persembahan untuk majlis penutup kem tahfiz dan imam muda/ustazah pilihan, satu kem yang aku join sebagai seorang fasilitator..
kem yang sangat menarik dan mantop,
maaf terlupa nak share tentang program tu..
insyaAllah kalau ada kelapangan akan aku cuba2 untuk sharing.

ok, tentang video ni, kisah penderhakaan seorang anak terhadap ibunya, idea asal dikutip dari pentomin kat sekolah abang aku dulu..

dah2, taknak banyak cakap, enjoy the show, 
nak tengok,klik sini..

jangan lupa subscribe ek..

nantikan kemunculan video dari team fasi pulak.. ^_^

Thursday, 24 January 2013

jalinan kasih 8

salamun alaik..
untuk post kali nie kita cite sal benda lain lak..
kena postpone dulu cerita-cerita sebelum ni..
ni adalah pengalaman terbaru aku..
sekadar perkongsian...

bermulanya sebuah kembara dari ahli-ahli kelab Perkim UIAM PJ..
sebuah program yang dinamakan Jalinan Kasih 8, bertempat di banting...

perjalanan program JK8@banting
hari pertama segala aktiviti berjalan dengan lancar (Alhamdulillah..)
nampak kepenatan pd raut wajah commitee,
tp jelas menunjukkan mereka semua masih lg enjoy dengan program nie..
stakat nie tiada masalah yang timbul, kelengkapan pon ok, barang2 semua dalam keadaan baik..

hari pertama ku pijakkan kakiku ke kampung sungai judah, banting ini menyanggah persepsi ku yang sekian lama aku pendamkan, sebelum tiba disini, dalam benakku hanya memikirkan betapa ketidaksempurnaan dalam pelbagai aspek dan fasiliti, (mentang2 lah kampong orang asli..)
namun ianya tidak seperti yang disangka, kehidupan mereka menyamai taraf hidup kawasan kampung disekitar tempat tinggalku...

permulaan kampung ini..
sekitar pemandangan kampung..

day 2:
alhamdulilllah...
syukur sangat2 di rafa'kan ke hadrat Ilahi kerana memberkati perjalanan program pada hari ini,dengan keadaan cuaca yang sangat indah, diselubungi persekitaran yang segar serta keramahan penduduk2 di sini yang menerima kehadiran kami, walaupun semuanya adalah non-muslim.
ziarah kasih : menziarahi penduduk asal disini bagi menghayati dan memahami kehidupan mereka,berserta dengan memberikan sedikit sumbangan.
slot ziarah kasih tamat lebih awal dari jangkaan dalam tentatif, masa yang terluang di gunakan sepenuhnya oleh para comittee untuk mentadabbur alam ciptaan Ilahi...
kembara mengelilingi kampung sungai judah...




slot interactive zone bersama anak-anak penduduk kampung disini,sukaneka dan sebagainya
 -terisi dengan sebaiknya, di tambah dengan komitmen yang diberikan oleh semua peserta dari kalangan anak2 penduduk di sini..
segalanya berjalan dengan halus dan menarik..
terpampang di wajah mereka raut muka yang sangat ceria...
menghilangkan kepenatan fasi dalam melayan kerenah diorang (ngeh3)




bagi pengisian selepas solat maghrib diadakan satu forum ringkas yang berkisarkan mahasiswa tetapi mengetengahkan isu yang lebih umum..
moderator : Al-fadhil sheikh Zulfahmi Saifuddin
Ahli panel : bro amir & bro lokman hakim

slot terakhir, tayangan perdana...
agak mengejutkan para comittee bilamana cerita yang ingin di tayangkan telah pun di tonton oleh warga sungai judah ini, namun backup plannya, kami menukarkan cerita ini dengan cerita kartun yang lain..
last2 diorang layan gak.. ngan comittee2 pon layan sekali.. (haadduuii)


at last...
habis jugak program nie..
hari terakhir disini dirasakan terlalu singkat,
namun masa yang tak berapa banyak ni tidak disia-siakan begitu sahaja,
sesi membersihkan dan mencantikkan sekolah berjalan dengan baik.

majlis penutup dihadiri oleh encik Bidin Loya dan dirasmikan oleh pengetuaSK Sungai Judah (A)....
keberangkatan pelajar2 uia diiringi oleh anak2 penduduk disini dengan wajah yang ceria (tak taw npe..) namun ada satu adegan yang mencuri perhatian pelajar2 semua...
ada budak nangis lar.... hebat sunggoh penangan diorang, sampai nangis adik suzana nak berpisah dengan diorang...

jazakumullahu khairan jaza'
segala kenangan suka duka bersama disini,
bakal tersemat utuh didalam sanubari...
^_^


ibrah dari program nie??
-pernahkah kita terfikir akan keadaan mereka-mereka yang tidak beragama islam??
betapa bersyukurnya diri ini tergolong dalam golongan Islam Alhamdulillah..
-sudah menjadi tanggungjawab kita dalam menyampaikan ajaran suci lagi mulia ini kepada mereka..
itulah keadilan dalam Islam, moga2 kita tergolong dalam golongan yang menyebarkan dakwah ini...
-perlukan cara yang tersendiri dalam mendekati golongan ini..
"sesuaikan zaman dengan islam, bukan sesuaikan islam dengan zaman"

ok dah pnjg sgt nie hehe ilalliqa'

Wednesday, 2 January 2013

andai itu takdirku 2

kenangan lalu memang membangkitkan emosi dan mencuit perasaan...
agak pelik bila mendaengar kata-kata dari seseorang yang ku kenali "i dont live with the memories.."
tertanya-tanya jugak aku :how come?" hehe speaking lak..


..........................................................

tidor Azrin terganggu dengan bunyi bising darapada adiknya yang berumur 3 tahun, bahzuddin. Menjadi satu kegemaran kepada Bahzuddin memasuki bilik abngnya sambil melompat-lompat diatas katil milik abang ke-empatnya itu.


"kau nie dah memang tak ada kerja lain ke? memang kau nak kena lah nie kacau time-time aku tengah 'heaven' nie." gertak Azrin meninggikan sedikit suara kepada adik bongsunya.

"amboih, nak marah adik pulak, kau tu bila nak bangunnya? dah pukul 10 setengah dah nie. ke kau nak tunggu 'bidadari' kau menjemput dulu ke? panjang lebar umi meleterinya. menganggap leteran ibu sebagai satu halwa telinga bagi dirinya, dengan itu tiada hati akan terasa, tiada perasaan akan terluka. Leteran umi hanya disambut dengan seyuman yang kelat dan dibuat-buat

"haha, padan muka kau Azrin, ada hati nak marah orang, kan da kena balik"  monolog Azrin didalam hatinya.

dalam keadaan mengantok bercampur malas, Azrin melangkah menuju ke dapur untuk membasuh muka lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi di meja makan dan membuka tudung saji. "aisey men kosong nie, ape kes?" gumam Azrin sendirian tatkala memerhatikan bawah tudung saji yang kosong.

"umi, mana breakfast nie?" soal Azrin menanti jawapan.
"rezeki untuk yang rajin dan bangun awal, bangun lewat, ambik yang mana ada jelar.." nada sinis dari umi. Betullah kata pepatah orang barat, The early bird catches the worm. telah tersurat bahawa rezekinya adalah tidak bersarapan pada pagi itu, hanya pasrah menjadi sandaran.

sudah menjadi rutin harian baginya bangun pada saat matahari telah meninggi, terlepas sarapan pagi, dan pergi ke kedai membeli barangan dapur,hampir sepanjang cutinya selama 3 bulan dirumah, itulah kerja dia.
bukan tak mahu cari kerja tapi dah memang seorang yang pemalas,nak kerja cari dia bukan dia yang cari kerja

****************************


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.."
QS Ar-Ra'd:11



****************************

pagi keesokannya, Azrin bangun agak awal dari kebiasaannya. pada pagi itu abahnya mengajak membersihkan halaman rumah, memotong rumput yang sudah agak lama bermaharajalela dihadapan rumah, abah mengeluarkan mesin rumput dari dalam stor dan menghidupkannya. Azrin diberi penghormatan untuk memulakan tugas itu.selang beberapa minit.

"abah, sakit perut lar, nak pergi toilet jap" Azrin tersengih-sengih macam kerang busuk, memandangkan kerjanya yang bagai melepaskan batuk ditangga.

"kejap-kejap, abah nak suruh Azrin belikan minyak ni, dah nak habis dah ni"

"kejap lagi lah Azrin beli.." Azrin bergegas menuju ke 'pejabat syaitan'.

sesampainya disana....





to be continue..

kpd yg sudi membaca - terima kasih
kpd yg sudi komen membina - jazakumullahu kheir
kpd yg sudi like - arigatogozaimas
kpd yg sudi share - thanks

^_^

maaf da lama x post, kekangan masa dan ketandusan idea... hehe