Wednesday, 2 January 2013

andai itu takdirku 2

kenangan lalu memang membangkitkan emosi dan mencuit perasaan...
agak pelik bila mendaengar kata-kata dari seseorang yang ku kenali "i dont live with the memories.."
tertanya-tanya jugak aku :how come?" hehe speaking lak..


..........................................................

tidor Azrin terganggu dengan bunyi bising darapada adiknya yang berumur 3 tahun, bahzuddin. Menjadi satu kegemaran kepada Bahzuddin memasuki bilik abngnya sambil melompat-lompat diatas katil milik abang ke-empatnya itu.


"kau nie dah memang tak ada kerja lain ke? memang kau nak kena lah nie kacau time-time aku tengah 'heaven' nie." gertak Azrin meninggikan sedikit suara kepada adik bongsunya.

"amboih, nak marah adik pulak, kau tu bila nak bangunnya? dah pukul 10 setengah dah nie. ke kau nak tunggu 'bidadari' kau menjemput dulu ke? panjang lebar umi meleterinya. menganggap leteran ibu sebagai satu halwa telinga bagi dirinya, dengan itu tiada hati akan terasa, tiada perasaan akan terluka. Leteran umi hanya disambut dengan seyuman yang kelat dan dibuat-buat

"haha, padan muka kau Azrin, ada hati nak marah orang, kan da kena balik"  monolog Azrin didalam hatinya.

dalam keadaan mengantok bercampur malas, Azrin melangkah menuju ke dapur untuk membasuh muka lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi di meja makan dan membuka tudung saji. "aisey men kosong nie, ape kes?" gumam Azrin sendirian tatkala memerhatikan bawah tudung saji yang kosong.

"umi, mana breakfast nie?" soal Azrin menanti jawapan.
"rezeki untuk yang rajin dan bangun awal, bangun lewat, ambik yang mana ada jelar.." nada sinis dari umi. Betullah kata pepatah orang barat, The early bird catches the worm. telah tersurat bahawa rezekinya adalah tidak bersarapan pada pagi itu, hanya pasrah menjadi sandaran.

sudah menjadi rutin harian baginya bangun pada saat matahari telah meninggi, terlepas sarapan pagi, dan pergi ke kedai membeli barangan dapur,hampir sepanjang cutinya selama 3 bulan dirumah, itulah kerja dia.
bukan tak mahu cari kerja tapi dah memang seorang yang pemalas,nak kerja cari dia bukan dia yang cari kerja

****************************


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.."
QS Ar-Ra'd:11



****************************

pagi keesokannya, Azrin bangun agak awal dari kebiasaannya. pada pagi itu abahnya mengajak membersihkan halaman rumah, memotong rumput yang sudah agak lama bermaharajalela dihadapan rumah, abah mengeluarkan mesin rumput dari dalam stor dan menghidupkannya. Azrin diberi penghormatan untuk memulakan tugas itu.selang beberapa minit.

"abah, sakit perut lar, nak pergi toilet jap" Azrin tersengih-sengih macam kerang busuk, memandangkan kerjanya yang bagai melepaskan batuk ditangga.

"kejap-kejap, abah nak suruh Azrin belikan minyak ni, dah nak habis dah ni"

"kejap lagi lah Azrin beli.." Azrin bergegas menuju ke 'pejabat syaitan'.

sesampainya disana....





to be continue..

kpd yg sudi membaca - terima kasih
kpd yg sudi komen membina - jazakumullahu kheir
kpd yg sudi like - arigatogozaimas
kpd yg sudi share - thanks

^_^

maaf da lama x post, kekangan masa dan ketandusan idea... hehe

1 comment:

Unknown said...

Nak like ktner nii.. hehe