Dia
duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si
dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah.
Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang
bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan
memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang,
maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi
imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan
ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak
tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah
aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah
aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah
lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik
mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan.
Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah
binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk
dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta
sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku
uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini
Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru
sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau
sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.
Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam
sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di
pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di
matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran
ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang
isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah
dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci
kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya
Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman
hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam
nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok
kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang
diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak
keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt
dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?
“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira.
Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene
halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah
bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni
dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap
dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin
kereta di matikan.
_________________________________
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi
imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak
solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia
jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan
doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan
aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh
terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau
boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di
pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku
bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni
dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya
mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta
sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku
sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau
tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”
Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang
duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata
Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan
suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir
itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir
apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj.
Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha!
Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman
menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si
Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba
si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
“abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya
apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”
“sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat
istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa
yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu….
“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang
di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak
reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi
duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat
dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis,
kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam
diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan
dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman
menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita
sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.”
Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu
suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir
di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa
bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan
mengangkat kening. Syahirah senyum.
_____________________________________
“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan
isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa
dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa
apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak
garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”
“boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak
sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia
cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng
surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !
_________________________________
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat
Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu
untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.”
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia
menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri
saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum
dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.”
Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz,
Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah
membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia
hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu
menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di
birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya
ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu
je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu
ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu
di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak
mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak
terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa
bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut
Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia
berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam
celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman
apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak
tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap
ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau
je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas
beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak
mau lah, nanti kurang pahala.”
__________________________________
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ
asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya
Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan
di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman
duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua
baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang?
Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum
mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada
kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara
Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang,
tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman
terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar
esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas.
“tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?”
“Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca
surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman
senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum
tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi,
solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?”
“sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal
Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap
sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di
hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi
berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung.
Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman.
Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan
berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah
Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak..
abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru
perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik
kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah
pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata
Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah
itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah
tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah
menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.”
“abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di
sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam
budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa
benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa
dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang
best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita
tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen
Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang
tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman
menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar
mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan
bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download
tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah
buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa
adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman
diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak
tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu
disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari
Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik
isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita
aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus
berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila
terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri.
Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya
lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok
matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda
pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita
keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun
bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya
mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia
beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.”
Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar
dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik
hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai
buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir
Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.”
Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak
beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan
menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah
ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari
kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya
mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah
handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir
Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet
kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya
just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match.
Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah
berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki
yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
_________________________________________________
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas
pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.
“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah
menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday
saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok.
Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana
tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir
Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the
love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.
Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas
bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat
Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia
meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman
menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang
beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu
mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak
tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh
manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi
merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia
banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang
dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar
tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun
syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja
pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit
tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu
settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit
banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu
buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada
apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman
menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”
“er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di
matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas.
Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat.
Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja
cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang
mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta
dia.
_____________________________
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh
dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah
masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki
itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya
memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?”
“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan
langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar
syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak
adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau
dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang
aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik
tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya
tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik
kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah
Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di
pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang
iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali
ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di
pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang
membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman
baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi.
Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam
mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di
atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa
melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai..
sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak
senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang
sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri
yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu
dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah
sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya
Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study
saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan
kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin
yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang
lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan
seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di
samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak
berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan
biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah
dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =) Nasihat Nabi
s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu
ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
s.w.t. “Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.”
Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu
duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?”
Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet
sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota
kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah
bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah
meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian
walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api
neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia
tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada
wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa.
Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk
membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya.
Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi
itu dulu… sekarang lain…
_________________________
Assalammualaikum,
abang dah makan? – Syahirah. Aiman membaca message itu dan senyum. Dia
tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk
tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je
isterinya itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah
ada projek yang masuk. – Aiman Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka
rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan
tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. –
Aiman.
____________________________________
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak
terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email
kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman
membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya
Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.
kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia
sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu.
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk
ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman
yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang
ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah
mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.”
Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap.
Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat
Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih
Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman
bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta
perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil
Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman
diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak
berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang
ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati
abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya
pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman
mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi
sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil
syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira
dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang
di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos
perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along .
Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia
akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya.
Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman
memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun
dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat
restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah
retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.
Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar
cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut.
Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi.
Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu
melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang
berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa.
Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang
melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa
perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi
toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba
berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan
pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya
Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut
Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman
lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak
pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul
berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin
untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.
“..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum turun dari katil sempat
Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?”
seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya
ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca
doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau
saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa
Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.
“..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam
pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan
hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di
cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata
Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh
dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang
dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang
belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.”
_____________________________
Aiman memasukkan
keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak.
Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar
pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak
kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar
dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di
tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi
malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan. ********** Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan
sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk
ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku
Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut
Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah
bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan
saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah!
Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah.
Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak
suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan
Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya.
Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!”
meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya
yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan
saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya
Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat
berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air
mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu
hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran
akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji
Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan
isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah
Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik-
baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi.
Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya
tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan
bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus
keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya
itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya
tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja
tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah
kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden
yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.
warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air
matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir
itu dengan air matanya. Allah…
________________________________
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu
KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari
UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum
melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang
menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir
itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.”
Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman
duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah,
sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum
sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir
sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman
terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji
Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut
melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia
nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah
menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik
itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar.
Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah
kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman
hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit!
Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat
sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran
menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di
tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita –
click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan
Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di
ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia
menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman
dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah
untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu
kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini….. Aiman menutup buku agama yang di
bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya
Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi
menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality.
Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya
berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia
kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal
maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia
lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah.
Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.
Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.
“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam
ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm,
pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya
terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama
masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid.
Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang
lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman
memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat
malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya
ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu
lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya
sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak.
Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang
jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya
untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata
Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang
lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan
Aiman agar mengikutinya.
___________________________________________
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu.
Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah
Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak
tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah
makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi
melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak
bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.”
Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung
dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum –
alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda
kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa
yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang
baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam
keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu
bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di
azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah
indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang
indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti
syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...
credit to writer..
No comments:
Post a Comment