Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, 6 August 2012

oh puasaku

Assalamualakum,
sudah lama jari jemari ini tidak menari di papan kekunci laptop dellku..
bukan bermaksud ingin meninggalkn dunia sasteraku (sastera lr sgt..)
tp otakku beku ingin memerah idea2 yg ingin aku sampaikn kpd sahabat2
yang sudi meluangkan masa utk singgah di blog yg mmg xsbermgkn apa jika
dibandingkan dengan blog2 yg lbh hebat dariku,,,

entry kali ini mungkin adalah antara tulisan pertamaku yang terbit dari benakku sendiri
(da rasa bosan asyik kopipes jer,,) berkaitan dengan bulan yg yg mulia ini, sempena lah katakan..
ok2, xnk ckp pnjg, kite teruskan dengan isi... ^_^


 Firman Allah s.w.t ; "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu sebelum kamu moga-moga kamu bertaqwa" [Al-baqarah:183]. 


sesungguhnya puasa itu menjadi suatu kewajipan bagi orang islam yang beriman serta cukup syaratnya dalam mengamalkan ajaran @ syariat islam. kadang2 ada yang masih lg ragu2 dengan suruhan2 dan larangan2 dari Allah yg disampaikan melalui Rasulnya, kenapa ini terjadi? adakah kerana kurangnya kefahaman tentang islam itu sendiri atau kerana merasakan diri seperti terbeban dan dikongkong??


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2: 216)

tak semestinye apa yang kite nak adalah baik bg kite dan begitulah sebaliknye..
setiap yang berlaku ada kebaikannya (cam lagu ape ek??)
setiap perancanganNya ada hikmah yang besar, 

seterusnya, mengenai puasa...
bagaimanakah keadaan puasa seseorang hamba jika dalam kehidupan sehariannya penuh dengan gelak ketawa, caci mengeji, hina mengata??
cuba renungkan hadis ini...

Nabi s.a.w telah bersabda s.a.w ; " Barangsiapa yang berpuasa tidak meninggalkan perkataan dusta, perkataan sia-sia dan beramal dengannya maka tiadalah hajat bagi Allah untuk menyuruh dia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu puasa) " [riwayat bukhari, kitab puasa, bab barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta, no. Hadis 1903].

nah, sekarang anda tentukan... 
adakah puasa anda masih diterima atau sebaliknya..
betapa ramai org yang berpuasa tetapi apa yang mereka dapat hanyalah lapar dan dahaga semata2...

baiklah setakat nie sahaja...
ada masa jumpa lagi, 
maassallamah..

segalanyamungkin~

Wednesday, 28 September 2011

ZINA KU BERMULA DI FACEBOOK


Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah cantik wanita bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah mempesona teman chatting, teman facebook, dan semua teman wanitaku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang wanita yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang wanita, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

wanita itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang wanita yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan wanita itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..

Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….
AWAS !!! syaitan bersama anda

Sunday, 21 August 2011

PERBETULKAN TUDUNG ANDA


قال الله تعالى: وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
…Dan Hendaklah Mereka Menutupkan (Melabuhkan) Tudung Mereka Ke Dada Mereka…
(Surah An-Nur : 31)
Berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah:
يعني: المقانع يعمل لها صَنفات ضاربات على صدور النساء، لتواري ما تحتها من صدرها وترائبها؛ ليخالفن شعارَ نساء أهل الجاهلية، فإنهن لم يكن يفعلن ذلك، بل كانت المرأة تمر بين الرجال مسفحة بصدرها، لا يواريه شيء، وربما أظهرت عنقها وذوائب شعرها وأقرطة آذانها…والخُمُر: جمع خِمار، وهو ما يُخَمر به، أي: يغطى به الرأس، وهي التي تسميها الناس المقانع.
Khimar, nama lainnya adalah Al-Maqani’, iaitu kain yang memiliki ujung-ujung yang dilabuhkan ke dada wanita, untuk menutupi dada dan payudaranya, hal ini dilakukan untuk menyelisihi syi’ar wanita jahiliyyah kerana mereka tidak melakukan yang demikian, bahkan wanita jahiliyyah dahulu melintasi para lelaki dalam keadaan terbuka dadanya, tidak ditutupi oleh sesuatu, terkadang memperlihatkan lehernya dan ikatan-ikatan rambutnya, dan anting-anting yang ada di telinganya…dan khumur adalah jama’ dari khimar, maksudnya ialah apa-apa yang digunakan untuk menutupi, maksudnya di sini adalah yang digunakan untuk menutupi kepala, yang manusia menyebutnya Al-Maqani’.
(Tafsir Ibnu Kathir 10/218, cet. Muassah Qurthubah)


ISLAM IS THE WAY OF LIFE

CREDIT TO MY BROTHER

Friday, 19 August 2011

TAZKIRAH RAMADHAN: IBADAH, KENAPA HARUS BERMUSIM?


Saat ini kita menyaksikan ramai umat Islam begitu rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amal ibadah. Kita melihat di antara mereka ada yang gemar mentadabbur (membaca dan menghayati makna) Al-Quran, menghidupkan malam Ramadhan dengan solat malam (tarawih & tahajjud), melazimi masjid-masjid dan surau-surau, juga sebahagian lainnya suka bersedekah, saling bertukar juadah berbuka puasa sesama jiran tetangga dan sebagainya. Tetapi sayangnya amalan-amalan kebaikan seperti ini kadang terhenti setelah Ramadhan berlalu pergi.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Ibadah tidak hanya dilakukan pada satu bulan, bahkan para ulama mengeji dan membenci orang yang hanya rajin beribadah pada bulan Ramadhan sahaja. Sedangkan pada bulan-bulan lainnya amalan tersebut ditinggalkan. Sebahagian ulama mengatakan: “Seburuk-buruk manusia ialah yang hanya rajin beribadah pada bulan Ramadhan, sesungguhnya manusia yang baik ialah mereka yang rajin beribadah dan berterusan ibadahnya.”
Asy Syibli rahimahullah pernah ditanya: “Bulan manakah yang lebih utama? Rajab atau Sya’ban?” Beliau menjawab: “Jadilah Rabbaniyyin dan janganlah menjadi Sya’baniyyin.” Maksudnya: “Jadilah hamba yang rajin beribadah di setiap bulan, sepanjang tahun dan janganlah hanya beribadah pada bulan Sya’ban sahaja.” Seterusnya Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata: “Jadilah Rabbaniyyin dan janganlah menjadi Ramadhaniyyin.” Maksudnya: “Jadilah hamba yang beribadah secara berterusan sepanjang tahun dan janganlah hanya beribadah pada bulan Ramadhan sahaja.” [Lihat: Lato-if Al-Ma’arif, Ibnu Rajab Al-Hambali, m/s 396-400]
Begitulah amalan Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam; amalan yang menjadi kebiasaan dan berterusan, bukan amalan yang bermusim pada waktu atau bulan tertentu, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Alqamah radhiallahu ‘anhu bertanya ’Aisyah radhiallahu ‘anha mengenai amalan Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam: “Apakah baginda mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beribadah?” ‘Aisyah menjawab: “Baginda tidak mengkhususkan waktu tertentu untuk beribadah. Amalan baginda ialah amalan yang berterusan.” [Hadis riwayat Al-Bukhari no. 1987 dan Muslim no. 783]
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Tanda diterimanya sesuatu amalan itu adalah apabila amalan tersebut membuahkan amalan ketaatan yang lain selepasnya. Di antaranya adalah apabila amalan tersebut dilakukan secara berterusan. Sebaliknya tanda tertolaknya sesuatu amalan adalah apabila amalan tersebut bahkan membuahkan keburukan selepasnya, Na’uzubillah. Sebahagian ulama salaf mengatakan: “Di antara balasan kebaikan adalah kebaikan yang datang selepasnya, dan di antara balasan keburukan adalah keburukan yang datang selepasnya.” [Lihat: Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Ibnu Kathir, 8/417, Tafsir Surah Al-Lail]
Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah menjelaskan hal di atas dengan membawakan perkataan ulama salaf lainnya yang berbunyi: “Balasan dari amalan kebaikan adalah kebaikan yang datang selepasnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu diikuti selepasnya dengan kebaikan, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu juga barangsiapa yang melaksanakan kebaikan, namun diikuti selepasnya dengan keburukan, maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.” [Lihat: Lato-if Al-Ma’arif, Ibnu Rajab Al-Hambali, m/s 394]
Di antara kebaikan sesuatu amalan ialah amalan yang dilakukan secara berterusan. Amalan yang berterusan walaupun sedikit itu lebih baik dari amalan yang tidak berterusan meskipun jumlahnya banyak. Amalan yang berterusan inilah yang lebih dicintai oleh Allah ‘azzawajalla, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis; Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam ditanya mengenai amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah.” Baginda menjawab: “Amalan yang berterusan, walaupun sedikit.” [Hadis riwayat Muslim no. 782]
Hasan Al-Basri rahimahullah berkata: “Wahai kaum muslimin, lakukanlah ibadah secara berterusan. Ingatlah! Allah tidak menjadikan tempoh masa untuk seseorang berhenti beribadah sehingga tiba saat kematiannya.” Seterusnya beliau berkata lagi: “Jika syaitan melihatmu melakukan amalan kebaikan secara berterusan, mereka akan menjauhimu. Namun jika mereka melihatmu melakukan sesuatu amalan kebaikan kemudian engkau meninggalkannya setelah itu, malah melakukannya sesekali sahaja, maka mereka akan semakin tertarik untuk menggodamu.” [Lihat: Al-Mahjah fii Sayr Ad-Duljah, Ibnu Rajab Al-Hambali, m/s 71]
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Melakukan amalan yang sedikit namun berterusan akan membuat amalan tersebut berkekalan. Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: “Ketahuilah bahawa amalan yang sedikit namun dilakukan secara berterusan itu lebih baik dari amalan yang banyak namun hanya kadang-kadang dilakukan. Ingatlah bahawa amalan yang sedikit yang dilakukan secara berterusan akan mengekalkan amalan kebaikan, zikir, mendekatkan diri kepada Allah, niat dan keikhlasan dalam melakukan amalan, juga akan membuat amalan tersebut diterima oleh Allah ‘azzawajalla. Amalan yang sedikit yang dilakukan secara berterusan akan memberikan ganjaran yang besar dan berlipat ganda berbanding amalan yang banyak namun hanya kadang-kadang dilakukan.” [Lihat: Syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi, 3/133]
Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata: “Sesungguhnya Allah lebih mencintai amalan yang dilakukan secara berterusan. Allah akan memberi ganjaran pada amalan yang dilakukan secara berterusan berbeza halnya dengan orang yang melakukan amalan hanya sesekali sahaja.” [Lihat: Fathul Bari, Ibnu Rajab Al-Hambali, 1/84]
Firman Allah ‘azzawajalla: “Dan sembahlah (beribadahlah) kepada Tuhanmu sehingga datang kepadamu al-yaqin (iaitu ajal).” [Surah Al-Hijr: 99] “Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan majoriti ulama radhiallahu ‘anhum mengatakan bahawa ‘al-yaqin’ adalah kematian. Ini adalah kerana kematian itu sesuatu yang diyakini pasti terjadi. Sementara ahli tafsir yang lain mengatakan makna ayat tersebut adalah perintah untuk beribadah kepada Allah berterusan selamanya.” [Lihat: Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi, 4/79, Mawqi’ At-Tafaasir, Asy-Syamilah]
Semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai amalan-amalan yang dicintai oleh Allah ‘azzawajalla dan berusaha untuk melakukan setiap amalan secara berterusan, bukan bermusim dan bersungguh-sungguh hanya pada bulan Ramadhan. Hanya kepada Allah kita memohon taufik dan hidayah. Segala puji bagi Allah yang dengan segala nikmatNya setiap kebaikan menjadi sempurna. Wallahu A’lam.


credit to my brother..

Wednesday, 17 August 2011

anda nilai sendiri


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد: فإنَّ إحياء السنن النبوية من أعظم القربات إلى الله
Sesungguhnya menghidupkan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah termasuk amalan yang sangat bernilai untuk mendekatkan diri kepada Allah.

‘Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Tidaklah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam duduk di suatu tempat, membaca Al-Quran atau melaksanakan solat kecuali baginda mengakhirinya dengan membaca beberapa kalimah. Aku bertanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam”: “Ya Rasulullah, bukankah apabila engkau duduk di suatu tempat, membaca Al-Quran atau mengerjakan solat engkau akan mengakhirinya dengan beberapa kalimah?” Baginda menjawab: “Benar, barangsiapa melakukan kebaikan maka dengan kalimah tersebut amalan tadi akan bersambung dengan kebaikan. Barangsiapa melakukan keburukan maka kalimah tersebut akan menjadi kaffarahnya (penghapus dosa).” Itulah ucapan:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ 

[Hadis Riwayat An-Nasa-ei dalam ‘Amalul Yaum Wal Lailah m/s 308, At-Tabrani dalam Ad- Du’aa no. 1912, disahihkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam An-Nukat 2/733, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah 7/495, dan disahihkan oleh Syaikh Muqbil Al-Wadi’ie dalam Al-Jami’ As-Sahih mimma laisa fi As-Sahihain 2/12, lihat juga Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/153]

Dengan kita menghormati dan tidak menafikan bacaan “صدق الله العظيم” yang dinilai baik pada pandangan masyarakat, ingin kita nyatakan dan tegaskan bahawa apa yang datang dan sahih dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itulah yang terbaik untuk diamalkan dan diutamakan. Antara yang dirasakan baik dan yang terbaik, yang manakah yang akan menjadi pilihan? Antara yang sunnah dan yang ditokok tambah, pilihan di tangan kita, menghidupkan sunnah, kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Wallahu A’lam.


credit to my brother..