الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد: فإنَّ إحياء السنن النبوية من أعظم القربات إلى الله
Sesungguhnya menghidupkan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah termasuk amalan yang sangat bernilai untuk mendekatkan diri kepada Allah.
‘Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Tidaklah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam duduk di suatu tempat, membaca Al-Quran atau melaksanakan solat kecuali baginda mengakhirinya dengan membaca beberapa kalimah. Aku bertanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam”: “Ya Rasulullah, bukankah apabila engkau duduk di suatu tempat, membaca Al-Quran atau mengerjakan solat engkau akan mengakhirinya dengan beberapa kalimah?” Baginda menjawab: “Benar, barangsiapa melakukan kebaikan maka dengan kalimah tersebut amalan tadi akan bersambung dengan kebaikan. Barangsiapa melakukan keburukan maka kalimah tersebut akan menjadi kaffarahnya (penghapus dosa).” Itulah ucapan:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
[Hadis Riwayat An-Nasa-ei dalam ‘Amalul Yaum Wal Lailah m/s 308, At-Tabrani dalam Ad- Du’aa no. 1912, disahihkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam An-Nukat 2/733, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah 7/495, dan disahihkan oleh Syaikh Muqbil Al-Wadi’ie dalam Al-Jami’ As-Sahih mimma laisa fi As-Sahihain 2/12, lihat juga Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/153]
Dengan kita menghormati dan tidak menafikan bacaan “صدق الله العظيم” yang dinilai baik pada pandangan masyarakat, ingin kita nyatakan dan tegaskan bahawa apa yang datang dan sahih dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itulah yang terbaik untuk diamalkan dan diutamakan. Antara yang dirasakan baik dan yang terbaik, yang manakah yang akan menjadi pilihan? Antara yang sunnah dan yang ditokok tambah, pilihan di tangan kita, menghidupkan sunnah, kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Wallahu A’lam.
credit to my brother..
No comments:
Post a Comment