قال الله تعالى: …وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ…
…Dan Hendaklah Mereka Menutupkan (Melabuhkan) Tudung Mereka Ke
Dada Mereka…
(Surah An-Nur : 31)
Berkata al-Hafidz Ibnu
Kathir rahimahullah:
يعني: المقانع يعمل لها صَنفات ضاربات على صدور النساء، لتواري
ما تحتها من صدرها وترائبها؛ ليخالفن شعارَ نساء أهل الجاهلية، فإنهن لم يكن
يفعلن ذلك، بل كانت المرأة تمر بين الرجال مسفحة بصدرها، لا يواريه شيء، وربما أظهرت
عنقها وذوائب شعرها وأقرطة آذانها…والخُمُر: جمع خِمار، وهو ما يُخَمر به، أي: يغطى
به الرأس، وهي التي تسميها الناس المقانع.
Khimar, nama lainnya adalah
Al-Maqani’, iaitu kain yang memiliki ujung-ujung yang dilabuhkan ke dada
wanita, untuk menutupi dada dan payudaranya, hal ini dilakukan untuk
menyelisihi syi’ar wanita jahiliyyah kerana mereka tidak melakukan yang
demikian, bahkan wanita jahiliyyah dahulu melintasi para lelaki dalam keadaan
terbuka dadanya, tidak ditutupi oleh sesuatu, terkadang memperlihatkan lehernya
dan ikatan-ikatan rambutnya, dan anting-anting yang ada di telinganya…dan khumur
adalah jama’ dari khimar, maksudnya ialah apa-apa yang digunakan untuk
menutupi, maksudnya di sini adalah yang digunakan untuk menutupi kepala, yang
manusia menyebutnya Al-Maqani’.
(Tafsir Ibnu Kathir
10/218, cet. Muassah Qurthubah)
ISLAM
IS THE WAY OF LIFE
CREDIT TO MY BROTHER
No comments:
Post a Comment